Cabutan Sijil Kematian (Semenanjung)

Permohonan untuk mendapatkan salinan daftar kematian oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran yang ditetapkan. Permohonan cabutan kematian ini boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.

Permohonan Cabutan Sijil Kematian boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Ibu atau bapa si mati ;
  2. Suami atau isteri si mati ;
  3. Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi si mati;
  4. Adik-beradik kandung si mati;
  5. Firma Guaman;
  6. Badan Berkanun;
  7. Agensi kerajaan.

KATEGORI 1: INDIVIDU DALAM KATEGORI 1 HINGGA 4

  1. Borang JPN.LM13 yang lengkap;
  2. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan);
  3. Salinan sijil kematian si mati  (sekiranya ada).
  4. Sijil perkahwinan suami dan isteri (asal dan salinan)

 

KATEGORI 2: INDIVIDU DALAM KATEGORI 5

  1. Borang JPN.LM13 yang lengkap;
  2. Surat Rasmi Pejabat Firma Guaman untuk memohon carian dan cabutan dalam daftar;
  3. Surat lantikan daripada anak guam (pemohon);
  4. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri anak guam (pemohon) (asal dan salinan);
  5. Surat wakil kuasa untuk menguruskan permohonan (sekiranya berkaitan).

 

KATEGORI 3: INDIVIDU DALAM KATEGORI 6 DAN 7

  1. Borang JPN.LM13 yang lengkap;
  2. Surat Rasmi Badan Berkanun atau Agensi Kerajaan untuk memohon carian atau cabutan dalam daftar;
  3. Surat wakil kuasa pemohon untuk menguruskan permohonan (sekiranya berkaitan).

Bayaran permohonan RM 5.00. Manakala permohonan daripada Agensi Kerajaan adalah dikecualikan bayaran.

JPN.LM13 – Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan.Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.Bagi urusan,sila gunakan borang asal.

.
X