Laporan Anggapan Kematian (Sabah)

Seksyen 8 Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Sabah CAP.123) telah menyatakan dengan jelas bahawa kematian tiap-tiap orang yang mati di Malaysia hendaklah didaftarkan kematiannya dengan syarat mayatnya dijumpai. Sehubungan dengan itu, bagi kes individu yang telah di deklarasikan sebagai telah dianggap mati oleh Mahkamah Tinggi, satu perintah Anggapan Kematian akan dikeluarkan oleh pihak mahkamah.Bagi kes anggapan kematian, Jabatan ini tidak akan mendaftarkan atau mengeluarkan sijil kematian. Walaubagaimanapun, Jabatan ini hanya akan mengemaskini maklumat individu yang telah dianggap mati oleh Mahkamah Tinggi di dalam sistem. Untuk sebarang urusan berkaitan individu yang telah dianggap mati, waris perlulah menggunakan perintah mahkamah yang telah di keluarkan oleh Mahkamah Tinggi.Permohonan untuk mengemaskini maklumat individu yang telah dianggap mati melalui perintah mahkamah hanya diuruskan oleh JPN  Ibu Pejabat Putrajaya sahaja. Walau bagaimanapun, pemaklum boleh juga mengemukakan permohonan di JPN Ibu Negeri untuk dipanjangkan ke JPN Ibu Pejabat Putrajaya.

Permohonan laporan anggapan kematian boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Ibu atau bapa pemilik Perintah Mahkamah;
  2. Suami atau isteri pemilik Perintah Mahkamah;
  3. Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik Perintah Mahkamah;
  4. Adik-beradik kandung pemilik Perintah Mahkamah;
  5. Firma Guaman;
  1. Borang B yang lengkap;
  2. Perintah Anggapan Kematian daripada Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan. (Perintah Anggapan Kematian selain daripada mahkamah yang dinyatakan tidak boleh diterima);
  3. Surat permohonan daripada Firma Guaman (sekiranya pemohon adalah Firma Guaman);
  4. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan);
  5. Kad Pengenalan anak guam (sekiranya pemohon adalah Firma Guaman) (salinan );
  6. Kad pengenalan si mati.

Tiada bayaran dikenakan.

.
X