Laporan Anggapan Kematian (Semenanjung)

Print Friendly and PDF

Seksyen 18 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) telah menyatakan dengan jelas bahawa kematian tiap-tiap orang yang mati di Malaysia hendaklah didaftarkan kematiannya dengan syarat mayatnya dijumpai. Sehubungan dengan itu, bagi kes individu yang telah diklasifikasikan sebagai telah dianggap mati oleh Mahkamah Tinggi, satu perintah Anggapan Kematian akan dikeluarkan oleh pihak mahkamah.

Bagi kes anggapan kematian, Jabatan ini tidak akan mendaftarkan atau mengeluarkan sijil kematian. Walau bagaimanapun, Jabatan ini hanya akan mengemaskini maklumat individu yang telah dianggap mati oleh Mahkamah Tinggi di dalam sistem JPN. Untuk sebarang urusan berkaitan individu yang telah dianggap mati, waris perlulah menggunakan perintah mahkamah yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi.

Permohonan untuk mengemaskini maklumat individu yang telah dianggap mati melalui perintah mahkamah hanya diuruskan oleh JPN  Ibu Pejabat Putrajaya sahaja dengan pengeluaran surat makluman bagi pengemaskinian status individu yang telah dianggap mati. Walaubagaimanapun, pemaklum boleh juga mengemukakan permohonan di JPN Ibu Negeri untuk dipanjangkan ke JPN Ibu Pejabat Putrajaya.

Permohonan laporan  anggapan kematian boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Ibu atau bapa pemilik Perintah Mahkamah;
  2. Suami atau isteri pemilik Perintah Mahkamah;
  3. Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik Perintah Mahkamah;
  4. Adik-beradik kandung pemilik Perintah Mahkamah;
  5. Firma Guaman;
  1. Borang JPN.LM02;
  2. Perintah Anggapan Kematian daripada Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Tinggi Syariah;
  3. Surat permohonan daripada Firma Guaman (sekiranya pemohon adalah Firma Guaman);
  4. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan);
  5. Kad Pengenalan anak guam (sekiranya pemohon adalah Firma Guaman) (salinan);
  6. Kad pengenalan si mati.

Percuma

  1. JPN.LM02 – Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan.Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.Bagi urusan,sila gunakan borang asal.
.
X