Laporan Kematian Luar Negara (Sabah)

Setiap kematian penduduk Malaysia di luar negara, hendaklah dilaporkan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Jabatan ini akan mengemaskini maklumat kematian si mati di dalam sistem JPN dan satu (1) surat Perakuan Pengesahan Kematian akan dikeluarkan kepada pemohon.

Pemohon perlu mengisi Borang B (Kemaskini Kematian Luar Negara) dengan lengkap berserta dokumen sokongan. Laporan kematian luar negara boleh dibuat dimana-mana Pejabat JPN di seluruh Sabah.

Permohonan laporan  Kematian luar negara boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Suami atau isteri si mati;
  2. Anak si mati yang berumur 18 tahun dan ke atas;
  3. Ibu atau bapa si mati;
  4. Adik-beradik kandung si mati yang berumur 18 tahun ke atas;
  5. Individu yang mengetahui tentang kematian dan dapat mengemukakan keterangan atau bukti mengenai kematian.

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Borang B (Kemaskini Kematian Luar Negara);
  2. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati yang asal;
  3. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon; (asal dan  salinan);
  4. Dokumen bukti kematian:-

4.1   Sijil Kematian yang dikeluarkan oleh negara di mana kematian berlaku (asal dan salinan); 4.2   Terjemahan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sekiranya Sijil Kematian dalam bahasa selain daripada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris (asal dan salinan);4.3   Surat Pengesahan daripada klinik atau hospital di luar negara di mana kematian berlaku(asal dan salinan );4.4   Surat Pengesahan Kematian oleh Pejabat Kedutaan Malaysia di luar negara (asal dan salinan).

Tiada bayaran dikenakan.

.
X