Laporan Kematian Luar Negara (Semenanjung)

Print Friendly and PDF

Setiap kematian penduduk Malaysia di luar negara hendaklah dilaporkan ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Jabatan ini akan mengemaskini maklumat kematian si mati di dalam sistem JPN dan satu (1) surat Perakuan Pengesahan Kematian akan dikeluarkan kepada pemohon. Laporan kematian luar negara boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.

Permohonan laporan  Kematian luar negara boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Suami atau isteri si mati;
  2. Anak si mati yang berumur 18 tahun dan ke atas;
  3. Ibu atau bapa si mati;
  4. Adik-beradik kandung si mati yang berumur 18 tahun ke atas;
  5. Individu yang mengetahui tentang kematian dan dapat mengemukakan keterangan atau bukti mengenai kematian.
  1. Borang Daftar Kematian JPN.LM02 (Kemaskini Kematian Luar Negara);
  2. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati yang asal;
  3. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan  salinan);
  4. Dokumen bukti kematian:-

4.1        Sijil Kematian yang dikeluarkan oleh negara dimana                              kematian berlaku (dokumen asal dan satu (1) salinan dokumen asal);

4.2        Surat Pengesahan Kematian daripada hospital di mana                          kematian berlaku (asal dan salinan ); dan

4.3        Surat Pengesahan Kematian daripada Pejabat Kedutaan                        Malaysia di luar negara di mana kematian berlaku (asal dan salinan ).

Percuma

JPN.LM02 – Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan.Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.Bagi urusan,sila gunakan borang asal.

.
X