Mendaftar Kematian Biasa (Semenanjung)

Print Friendly and PDF

TINDAKAN AGENSI PENGESAH KEMATIAN (HOSPITAL, PDRM & DBKL)

  • Menerima maklumat kematian daripada pemaklum;
  • Mengesah dan mengeluarkan Daftar Kematian / Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) dan menyerahkan berwarna biru kepada pemaklum kematian;
  • Menghantar salinan Daftar Kematian / Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) berwarna kelabu kepada JPN yang berhampiran dalam masa 7 hari bekerja dan JPN akan merekodkan maklumat kematian di dalam sistem I-JPN. Pemaklum atau waris si mati boleh mengambil sijil kematian di pejabat JPN yang telah ditetapkan.

DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN OLEH PEMAKLUM ATAU WARIS SI MATI SEMASA HADIR KE PEJABAT JPN

  • Salinan Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) yang berwarna biru;
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati yang asal;
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum; (asal dan salinan);
  • Perakuan oleh Pengamal Perubatan mengenai sebab-sebab kematian yang asal [Borang JPN.LM09 atau JPN.LM10 (Post Mortem)] sekiranya kematian berlaku di hospital.

INDIVIDU YANG LAYAK MEMBUAT KUTIPAN SIJIL KEMATIAN

  • Ibu atau bapa si mati;
  • Suami atau isteri si mati;
  • Anak-anak si mati;
  • Adik-beradik kandung si mati
  • Pemaklum kepada kematian yang tercatat dalam Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin. 1/11).

BAYARAN
Tiada bayaran dikenakan.

TINDAKAN WARIS SI MATI ATAU PEMAKLUM

  • Melaporkan kematian kepada Agensi Pengesah Kematian (Hospital atau Polis atau DBKL);
  • Menerima salinan Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) berwarna biru daripada agensi pengesah kematian;
  • Menyerahkan satu salinan JPN.LM02 (Pin.1/11) kepada Penjaga Tanah Kubur untuk tujuan pengebumian; dan
  • Hadir ke JPN berdekatan untuk mendaftar dan mendapatkan Sijil Kematian.

DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN OLEH WARIS SI MATI SEMASA HADIR KE PEJABAT JPN

  • Salinan Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin.1/11) yang berwarna biru;
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati yang asal;
  • Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum;
  • Perakuan oleh Pengamal Perubatan Borang JPN.LM09 atau JPN.LM10 (Post Mortem) mengenai sebab-sebab kematian sekiranya kematian berlaku di hospital.

INDIVIDU YANG LAYAK MEMBUAT PERMOHONAN:

  • Ibu atau bapa si matI;
  • Suami atau isteri si mati;
  • Anak-anak si mati;
  • Adik-beradik kandung si mati;
  • Pemaklum kepada kematian yang tercatat dalam Daftar Kematian/Permit Mengubur JPN.LM02 (Pin. 1/11).

BAYARAN
Tiada bayaran dikenakan.

  • JPN.LM02 – Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan.Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.Bagi urusan,sila gunakan borang asal.
  • JPN.LM09 atau JPN.LM10
.
X