Pendaftaran Biasa Kematian (Sarawak)

Print Friendly and PDF

Pemohonan pendaftaran kematian biasa bermaksud setiap kematian yang berlaku di Sarawak hendaklah didaftarkan dalam tempoh 24 jam dari waktu kematian.

Permohonan pendaftaran kematian boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Waris kepada si mati;
  2. Individu yang mengetahui tentang kematian.

DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN

  1. Borang III dan Borang XI diisi dengan lengkap;
  2. Pengesahan Ketua Masyarakat atau Ketua Kaum si mati;
  3. Laporan polis bagi kematian yang berlaku di rumah (asal dan salinan);
  4. Medical Certificate of The Cause of Death (Borang VIII);
  5. After Post-Mortem (Borang IX);
  6. Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport pemaklum (asal dan salinan);
  7. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati. Jika tiada/hilang  laporan polis hendaklah disertakan.

Percuma

.
X