Pendaftaran Biasa Kematian (Sabah)

Print Friendly and PDF

Pemohonan pendaftaran kematian biasa bermaksud setiap kematian yang berlaku di Sabah hendaklah didaftarkan dalam tempoh 24 jam dari tarikh kematian.

Permohonan pendaftaran kematian boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Waris kepada si mati;
  2. Individu yang mengetahui tentang kematian.
  1. Borang pendaftaran kematian (Borang B) dan Borang N2 (cabutan) diisi dengan lengkap;
  2. Laporan polis bagi kematian yang berlaku di rumah (asal dan salinan);
  3. Pengesahan atau perakuan kematian jika kematian berlaku di hospital (asal dan salinan);
  4. Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport waris kepada si mati atau individu yang mengetahui tentang kematian (asal dan salinan);
  5. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati yang asal. Jika tiada/hilang laporan polis hendaklah disertakan;

Tiada bayaran dikenakan.

Borang B and BorangN2  – Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan.Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.Bagi urusan,sila gunakan borang asal.

.
X