Pendaftaran Kematian Semasa Menunaikan Haji (Semenanjung)

Print Friendly and PDF

Setiap kematian yang berlaku semasa menunaikan Haji hendaklah dilaporkan kepada pendaftar di Hedjaz dalam masa 40 hari dari tarikh kematian atau melaporkan kepada kaunter Ibu Pejabat JPN dalam masa 6 bulan dari tarikh kematian.

[Seksyen 4(1)(a) dan (b), Akta 152]

Pemohonan pendaftaran kematian Hedjaz boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia dengan mengemukakan Borang JPN.LMH2 yang lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan. Bagaiamanapun, kelulusan hanya di buat di Ibupejabat JPN.

  1.  Dokumen Bukti Kematian
  2.  Dokumen Pengenalan diri simati
  3.  Dokumen Pengenalan diri Pemaklum (jika pemaklum bukan ibu bapa)

Percuma

JPN.LMH2 – Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan.Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.Bagi urusan,sila gunakan borang asal.

.
X