Pendaftaran Lambat Kematian (Sabah)

Print Friendly and PDF

Pemohonan pendaftaran kematian lambat bermaksud pendaftaran kematian dibuat pada hari ke-2 hingga hari ke-10 selepas kematian berlaku..

Permohonan pendaftaran kematian boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Waris si mati;
  2. Individu yang mengetahui tentang kematian.
  1. Borang B dan Borang N2 (cabutan) diisi dengan lengkap;>
  2. Laporan polis bagi kematian yang berlaku di rumah (asal dan salinan);
  3. Pengesahan atau perakuan kematian jika kematian berlaku di hospital (asal dan salinan);
  4. Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport pemaklum(asal dan salinan);
  5. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati. Jika tiada/hilang  laporan polis hendaklah disertakan.

Bayaran proses RM5.00.

Borang B dan BorangN2  – Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan.Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.Bagi urusan,sila gunakan borang asal.

.
X