Pendaftaran Lewat Kematian (Sarawak)

Pemohon daftar lewat kematian adalah kematian yang berlaku di sarawak dan Pemaklum melaporkan kematian selepas tujuh (7) hari berikutnya dari tarikh kematian.

Permohonan pendaftaran lewat kematian boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Ibu si mati;
  2. Bapa si mati;
  3. Anak si mati;
  4. Adik-beradik si mati;
  5. Isteri atau suami si mati;
  6. Pegawai polis yang menjalankan siasatan jika tiada waris kepada si mati.
  1. Borang III dan Borang XI;
  2. Pengesahan Ketua Masyarakat atau Ketua Kaum bagi Sarawak;
  3. Borang VIII (Medical Certificate of the Cause of Death);
  4. Borang IX (After Post-Mortem);
  5. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum (asal dan salinan);
  6. Dokumen Pengenalan Diri si mati;
  7. Laporan Polis jika kad pengenalan atau Sijil atau Cabutan Daftar Kelahiran Si mati tidak diserahkan.

Bayaran proses RM 10.00.

.
X