Pendaftaran Lewat Kematian (Semenanjung)

Pemohonan daftar lewat kematian adalah kematian yang berlaku di Malaysia dan didaftarkan selepas hari ke 7 (kematian yang berlaku sebelum 1 Disember 2011 sahaja). Pendaftaran kematian boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.

Permohonan hendaklah dikemukakan oleh dua (2) orang penganjur yang merupakan waris si mati atau orang yang mengetahui tentang kematian tersebut. Jika tiada waris, penganjur ialah pegawai polis yang menjalankan siasatan.

  1. Borang Daftar Kematian JPN.LM02;
  2. Borang Akuan Sumpah JPN.LM28;
  3. Dokumen pengenalan diri si mati;
  4. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum (asal dan salinan);
  5. Dokumen Perakuan Kematian JPN.LM09 atau JPN.LM10 (jika kematian berlaku di hospital);
  6. Daftar Kematian atau Permit Kubur JPN.LM02 (Pin.1/11).
  1. Bayaran proses RM 10.00;
  2. Kompaun tidak melebihi RM 50.00 (jika permohonan diluluskan).

1.JPN.LM02 (Pin.1/11) – Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan.Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.Bagi urusan,sila gunakan borang asal.

2. JPN.LM28-BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN LEWAT KEMATIAN – Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan.Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.Bagi urusan,sila gunakan borang asal.

3. JPN.LM09 or JPN.LM10

.
X