Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 25(3) Dalam Sijil Kematian Bagi Pembetulan Kesilapan Fakta (Sarawak)

Print Friendly and PDF

Permohonan untuk membetulkan kesilapan atau memasukkan fakta di mana maklumat yang diberi pemaklum semasa pendaftaran kematian tidak betul atau tidak diperolehi.

Permohonan pembetulan maklumat seksyen 25 (3) boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Ibu atau bapa kandung si mati;
  2. Suami atau isteri si mati;
  3. Adik-beradik kandung si mati;
  4. Anak kandung atau anak angkat yang sah kepada si mati;
  1. Borang XI dan Borang JPN.LM21 yang lengkap;
  2. Surat Akuan Sumpah SA/81;
  3. Sijil Kematian si mati ( asal dan salinan );
  4. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan);
  5. Pasport atau dokumen insurans atau buku bank si mati sekiranya si mati mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans (asal dan salinan );
  6. Sijil Nikah atau dokumen perkahwinan bagi permohonan yang dibuat oleh suami atau isteri si mati;
  7. Dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong permohonan seperti Sijil atau Kad Memeluk Agama Islam ibu atau bapa si mati, Sijil Kelahiran atau Sijil Kematian ibu atau bapa si mati dan surat kelulusan penukaran nama daripada Bahagian Kad Pengenalan, JPN;
  1. Bayaran pendaftaran permohonan RM2.00;
  2. Bayaran cabutan Sijil Kelahiran RM10.00.
.
X