Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 27 (2) Dalam Sijil Kematian Bagi Kesilapan Perkeranian (Semenanjung)

Print Friendly and PDF

Permohonan untuk membetulkan kesilapan ejaan yang mana jika pembetulan dibuat tidak akan mengubah fakta dalam Sijil Kematian. Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.

Permohonan pendaftaran kematian boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Ibu atau bapa kandung si mati;
  2. Suami atau isteri si mati;
  3. Adik-beradik kandung si mati;
  4. Anak kandung atau anak angkat yang sah kepada si mati;
  1. Borang JPN.LM21 dan JPN.LM22 yang lengkap;
  2. Sijil Kematian si mati (asal dan salinan);
  3. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan);
  4. Pasport atau dokumen insurans atau buku bank si mati sekiranya si mati mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans (asal dan salinan);
  5. Sijil Nikah atau dokumen perkahwinan bagi permohonan yang dibuat oleh suami atau isteri si mati;
  6. Dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong permohonan.
  1. Bayaran pendaftaran permohonan RM2.00;
  2. Bayaran cabutan Sijil Kematian RM5.00.

1. JPN.LM21 – Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan.Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.Bagi urusan,sila gunakan borang asal.

2. JPN.LM22 – Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan.Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.Bagi urusan,sila gunakan borang asal.

.
X