Permohonan Pembetulan Maklumat Seksyen 27(3) Dalam Sijil Kematian Bagi Pembetulan Kesilapan Fakta (Sabah)

Print Friendly and PDF

Permohonan untuk membetulkan kesilapan atau memasukkan fakta di mana maklumat yang diberi pemaklum semasa pendaftaran kematian tidak betul atau tidak diperolehi.

Permohonan pendaftaran kematian boleh dibuat oleh individu berikut:

  1. Ibu atau bapa kandung si mati;
  2. Suami atau isteri si mati;
  3. Adik-beradik kandung si mati;
  4. Anak kandung atau anak angkat yang sah kepada si mati

DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN

  1. Borang JPN.LM21 yang lengkap;
  2. Borang JPN.LM22;
  3. Sijil Kematian si mati (asal dan salinan);
  4. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan);
  5. Sijil Nikah atau dokumen perkahwinan bagi permohonan yang dibuat oleh suami atau isteri si mati;
  6. Dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong permohonan seperti Sijil atau Kad Memeluk Agama Islam ibu atau bapa si mati, Sijil Kelahiran atau Sijil Kematian ibu atau bapa si mati dan surat kelulusan penukaran nama daripada Bahagian Kad Pengenalan, JPN;
  1. Other supporting documents such as the certificate or card certifying embracing of Islam of a parent of the deceased, Birth or Death Certificate of a parent of the deceased and the letter of approval for change of name from the Identity Card Division of NRD
  1. Bayaran pendaftaran permohonan RM2.00;
  2. Bayaran kelulusan RM5.00
  3. Bayaran cabutan Sijil Kematian RM5.00.

JPN.LM21 – Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan.Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.Bagi urusan,sila gunakan borang asal.

2. JPN.LM22 – Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan.Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.Bagi urusan,sila gunakan borang asal.

.
X