Carian / Cabutan Daftar Perkahwinan

Print Friendly and PDF

Permohonan ini adalah bertujuan untuk carian atau cabutan Daftar Perkahwinan bagi mereka yang pernah mendaftarkan perkahwinan.

    1. Pemohonan boleh dikemukakan di mana-mana kaunter JPN atau melalui pos kepada mana-mana pejabat Jabatan Pendaftaran Negara.

 

    1. Salah seorang daripada pasangan atau anak pasangan, ibu, bapa, abang, kakak, adik atau peguam yang diberikan surat wakil kuasa sahaja yang boleh menguruskan carian dan cabutan Daftar Perkahwinan. Pihak yang tidak berkaitan dengan perkahwinan pasangan TIDAK DIBENARKAN untuk menguruskan carian atau cabutan Daftar Perkahwinan.

 

  1. Peguam yang mengemukakan permohonan bagi pihak anakguamnya perlu mengemukakan maklumat lengkap termasuk nama dan nombor MyKad beliau serta menurunkan cop rasmi guaman di Borang JPN.KC09.
1.Borang JPN.KC09:

1.1. Bahagian A dilengkapkan:

1.1.1. Nama Pasangan Lelaki & dokumen pengenalan diri

1.1.2. Nama Pasangan Perempuan & dokumen pengenalan diri

1.2. Bahagian B dilengkapkan:

1.2.1. Tarikh dan Tempat Perkahwinan; atau

1.2.2. Tahun Carian 1.2.3. Tandakan jenis permohonan.

1.3. Bahagian C dilengkapkan:

1.3.1. Nama pemohon & dokumen pengenalan diri

1.3.2. Sebab-sebab permohonan

1.3.3. Tandatangan dan Cop Rasmi (jika agensi kerajaan/ peguam)

2.MyKad ASAL bagi Warganegara (salinan fotostat jika melalui pos).
3.Paspot ASAL (salinan fotostat di mukasurat maklumat diri)(Permohonan melalui pos atau kaunter)
4.Surat kuasa daripada pemilik Daftar Perkahwinan, jika berkaitan (ASAL)
5.Surat permohonan daripada pejabat peguam jika permohonan dibuat melalui peguam (ASAL)
6.Surat permohonan daripada Pemohon jika permohonan melalui pos (ASAL)
7.Dokumen sokongan tambahan contohnya bil elektrik, air, telefon dan lain-lain yang bersesuaian jika permohonan melalui pos.
8.Bayaran:

8.1. RM5.00 bayaran bagi setiap tahun yang dikehendaki bagi carian perkahwinan

8.2. RM50.00 bagi bayaran Cabutan Daftar Perkahwinan.

8.3. RM4.00 bagi bayaran Cabutan Daftar Perkahwinan di bawah Ordinan Pendaftaran Perkahwinan 1952.

    1. RM5.00 bayaran bagi setiap tahun yang dikehendaki bagi carian perkahwinan.

 

    1. RM50.00 bagi bayaran Cabutan Daftar Perkahwinan.

 

  1. RM4.00 bagi bayaran Cabutan Daftar Perkahwinan di bawah Ordinan Pendaftaran Perkahwinan 1952.

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal

JPNKC09 – Borang Permohonan Carian / Cabutan

.