Kaveat

Kaveat adalah satu permohonan bantahan ke atas sesuatu permohonan perkahwinan di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara atau di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negeri sebelum perakuan perkahwinan dikeluarkan.

1.    Pemohon wajib hadir di kaunter JPN atau di Pejabat Perwakilan  Malaysia di luar negeri berkenaan di mana permohonan perkahwinan sedang dipamerkan.

2.    Kaveat hanya boleh dibuat sekiranya terdapat permohonan perkahwinan diterima dan sebelum Perakuan Untuk Perkahwinan dikeluarkan oleh Pendaftar Perkahwinan.

3.    Pemohon kaveat perlu memahami bahawa kaveat tidak boleh dikemukakan sewenang-wenangnya tanpa bukti yang kukuh dan alasan yang munasabah selaras dengan peruntukan undang-undang yang menyatakan:
Seksyen 20(7) , Akta 164:
“Jika Mahkamah Tinggi menetapkan alasan-alasan bantahan itu sebagai dangkal dan sebagai tidak sepatutnya menghalang pengeluaran perakuan untuk perkahwinan maka orang yang menyerahkan kaveat itu adalah bertanggung membayar kos bagi semua langkah-langkah pembicaraan berhubung dengannya dan gantirosak yang akan dituntut melalui guaman atau tindakan oleh pihak yang terhadap perkahwinannya kaveat itu diserahkan”

1.    Borang JPN.KC04 dilengkapkan.

2.    MyKad.

3.    Pasport ASAL serta salinan fotostat maklumat diri serta tarikh ketibaan terkini ke Malaysia di dalam paspot bagi warganegara asing.

4.    Dokumen sokongan lain sebagai bukti bantahan (jika berkaitan).

RM20.00 bagi bayaran permohonan.

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal

JPN.KC04 – Borang Kaveat Perkahwinan

.
X