Pendaftaran Semula Perkahwinan Bagi Pasangan Bukan Islam Yang Telah Berkahwin Mengikut Sesuatu Undang-Undang, Adat Atau Kelaziman Sebelum 01.03.1982

Print Friendly and PDF

1. Permohonan untuk pendaftaran semula perkahwinan bagi warganegara Malaysia bukan Islam yang berkahwin mengikut sesuatu undang-undang, agama, adat atau kelaziman sebelum 01.031982.
2. Pendaftaran semula ini tidak terpakai bagi warganegara asing yang telah mendapat status warganegara Malaysia selepas perkahwinan beliau didaftarkan mengikut undang-undang negara asing.

Pasangan dikehendaki hadir ke kaunter JPN semasa permohonan dan pendaftaran perkahwinan.

  1. Borang JPN.KC06 perlu dilengkapkan.
  2. MyKad.
  3. Jika perkahwinan  diupacarakan di luar Malaysia, bukti dokumen dan dokumen perjalanan perlu dikemukakan iaitu pasport ASAL Warganegara Malaysia dan warganegara asing serta salinan-salinan fotostat paspot yang mengandungi maklumat diri, tarikh ketibaan terkini ke Malaysia, dan maklumat tarikh masuk serta keluar  dari negara berkenaan semasa perkahwinan itu didaftarkan.
  4. Satu (1) keping gambar warna berukuran pasport bagi setiap pemohon.
  5. Daftar Perkahwinan ASAL dan salinan fotostat
  6. Daftar Kelahiran ASAL anak-anak dan salinan fotostat (jika ada).
  7. Kad jemputan perkahwinan (jika ada).
  8. Gambar perkahwinan mengikut undang-undang, adat, agama atau kelaziman (jika ada)
  9. Semua dokumen, jika berkaitan perlu diterjemahkan ke dalam  Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris oleh penterjemah bertauliah dan disertakan bersama permohonan.

RM20.00 bagi bayaran Daftar Perkahwinan

Perkahwinan, jika sah mengikut undang-undang, agama, adat atau kelaziman sebelum 01/03/1982, iaitu, tarikh penguatkuasaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164],  maka ia disifatkan sebagai telah didaftarkan. Oleh itu, pendaftaran perkahwinan bagi pasangan berkaitan adalah secara sukarela.

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal

JPNKC06 – Borang Pendaftaran Perkahwinan

.
X