Pendaftaran Semula Perkahwinan Bagi Pasangan Bukan Islam Yang Telah Didaftarkan Mengikut Undang-Undang Negara Asing Pada Atau Selepas 01.03.1982

Print Friendly and PDF
  1. Permohonan untuk pendaftaran semula perkahwinan bagi warganegara Malaysia bukan Islam yang mendaftarkan perkahwinan di bawah undang-undang negara asing.
  2. Pendaftaran semula ini tidak terpakai bagi warganegara asing yang telah mendapat status warganegara Malaysia selepas perkahwinan beliau didaftarkan mengikut undang-undang negara asing.
  1. Pasangan dikehendaki hadir ke kaunter JPN atau pejabat perwakilan Malaysia di luar negara semasa permohonan dan pendaftaran perkahwinan.
  2. Perkahwinan yang didaftarkan di bawah undang-undang negara asing wajib didaftarkan semula dalam tempoh 6 bulan di perwakilan Malaysia di negara berkenaan. Jika pasangan masuk ke Malaysia sebelum tamatnya tempoh 6 bulan daripada tarikh perkahwinan itu maka pengiraan tempoh 6 bulan itu akan bermula dari tarikh masuk terkini ke Malaysia yang tercatit di dalam pasport.
  3. Pendaftaran perkahwinan selepas tempoh 6 bulan akan dikenakan bayaran PENALTI.
  4. Perhatian: Seksyen 35, Akta 164:
    “ Jika seseorang dikehendaki oleh Seksyen 31 supaya hadir di hadapan seorang Pendaftar dan ianya tidak hadir dalam tempoh yang ditetapkan, maka ia boleh apabila disabitkan dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau kedua-duanya.”
1. Permohonan boleh dikemukakan di
a. Jabatan Pendaftaran Negara
b. Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara
2. Borang JPN.KC06 yang lengkap
3. MyKad ASAL (Warganegara Malaysia)
4. Pasport ASAL dan salinan fotostat mukasurat yang mengandungi maklumat diri serta tarikh ketibaan terkini ke Malaysia bagi warganegara Malaysia dan warganegara asing, jika berkaitan
5. Pasport ASAL dan salinan fotostat mukasurat yang mengandungi maklumat diri serta tarikh berada di negara berkenaan semasa pendaftaran perkahwinan dilakukan bagi warganegara Malaysia dan warganegara asing
6. Dokumen pengenalan diri yang digunakan untuk tujuan pendaftaran perkahwinan oleh warganegara asing berkenaan sekiranya berkaitan
7. Satu (1) keping gambar warna berukuran pasport bagi setiap pemohon.
8. Sijil perkahwinan luar negara (ASAL dan salinan fotostat)
8.1 Sijil perkahwinan dari negara India, Thailand, Indonesia, Filipina, Nigeria, Sri Lanka, Vietnam, Kemboja, Laos atau dari mana-mana negara lain sekiranya dikehendaki, perlu:
8.2 disahkan oleh pihak perwakilan Malaysia di negara pemohon. atau kedutaan negara pemohon di Malaysia, dan
8.3 disahkan semula oleh Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) di Putrajaya, Kuching atau Kota Kinabalu.
8.4 Sijil Perkahwinan dikeluarkan oleh Kerajaan Vietnam perlu disahkan oleh Kedutaan Vietnam di Malaysia (ASAL ).
9. Sijil lahir bagi warganegara asing (ASAL dan salinan fotostat)
10. Dekri nisi mutlak (sijil perceraian), jika berkaitan (ASAL dan salinan fotostat)
11. Sijil / Daftar Kematian pasangan sebelum ini, jika berkaitan (ASAL dan salinan fotostat).
12. Surat daripada Kerajaan Myanmar yang mengesahkan   sijil perkahwinan di Myanmar adalah sah.
13. Surat pengesahan bahawa pemohon bukan beragama Islam dari kerajaannya (Iran, Iraq, Mesir, Algeria, Pakistan, Bangladesh atau negara Islam yang lain atau mana-mana negara lain sekiranya diperlukan).
14. Sila pastikan bahawa semua dokumen ASAL yang bukan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris perlu disertakan dokumen terjemahan ASAL yang diterjemahkan oleh penterjemah bertauliah dan disertakan maklumat nama penterjemah, tandatangan, jawatan, maklumat untuk dihubungi dan tarikh terjemahan.

Bagi terjemahan yang dilakukan di Mahkamah Malaysia atau Institut Terjemahan dan Buku Malaysia tidak perlu mendapat pengesahan Pejabat Perwakilan Negara pemohon di Malaysia dan Kementerian Luar Negeri Malaysia di Putrajaya.

RM20.00 bagi bayaran Daftar Perkahwinan

Penalti bagi pendaftaran  lewat melebihi 6 bulan dari tarikh pendaftaran perkahwinan di luar Malaysia adalah:

  1. RM100.00 bagi tahun pertama.
  2. RM50.00 bagi setiap tahun berikut atau sebahagiannya.

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal

JPNKC06-Borang Pendaftaran Perkahwinan

.
X