Permohonan Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan.

Print Friendly and PDF

Permohonan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pengesahan taraf perkahwinan bagi warganegara Malaysia yang bukan Islam sahaja yang ingin berkahwin di luar negara.

1. Permohonan boleh dikemukakan di kaunter, Ibu Pejabat JPN, Putrajaya sahaja atau jika melalui pos yang perlu dialamatkan kepada.

Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara
(Bahagian Perkahwinan dan Perceraian)
No. 20, Persiaran Perdana
Presint 2
62551 PUTRAJAYA.
(Jika permohonan dihantar melalui pos, alamat surat menyurat yang tepat dan boleh dihubungi perlu dinyatakan).

2. Tempoh sahlaku Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan adalah 150 hari dari tarikh surat dikeluarkan.

    1. Borang JPN.KC09 wajib dilengkapkan sepenuhnya terutamanya nombor dokumen pengenalan dan nama pasangan serta tahun carian.

 

    1. MyKad  (salinan fotostat MyKad jika permohonan melalui pos).

 

    1. Salinan dokumen pengenalan diri yang mengandungi maklumat diri bagi bakal pasangan bukan warganegara Malaysia.

 

    1. Surat permohonan dengan menyatakan tujuan permohonan (ASAL)

 

    1. Akuan Berkanun Pemohon yang menyatakan status perkahwinan pemohon yang terkini. Jika pemohon berada di luar negara, akuan berkanun tersebut perlu dibuat di hadapan pihak Pejabat Perwakilan Malaysia di negara terdekat (ASAL)

 

    1. Pemohon perlu memberikan surat wakil kuasa kepada ibu, bapa,anak, abang, kakak, atau peguam untuk menguruskan permohonan ini, jika berkaitan (ASAL)

 

  1. Surat permohonan daripada pihak peguam berserta surat wakil kuasa dari pemohon jika permohonan dibuat melalui peguam (ASAL)

RM5.00 bayaran bagi setiap tahun yang dikehendaki bagi carian perkahwinan.

Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan yang telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya dicadangkan untuk disahkan oleh Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) di  Putrajaya, Kuching atau Kota Kinabalu sebelum boleh digunapakai di luar negara. Sila berhubung dengan perwakilan negara asing terdekat mengenai keperluan pihak mereka.

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal

JPNKC09 – Borang Permohonan Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan

.
X