Piagam Pelanggan Kewarganegaraan

BILJENIS PERMOHONANTEMPOH
PERMOHONAN
DIPROSES
1Permohonan Lengkap Pengesahan Taraf Warganegara

Permohonan pengesahan taraf warganegara diterima, diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima di Ibu Pejabat JPN Putrajaya.

6 bulan
2Permohonan Warganegara

Permohonan untuk menjadi Warganegara Malaysia diproses dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat sebelum dihantar
kepada Kementerian Dalam Negeri untuk keputusan.

Nota:
Tempoh 24 bulan tidak termasuk kes-kes yang perlu dirujuk kepada agensi-agensi lain dan tempoh untuk mendapat keputusan dari Kementerian Dalam Negeri serta proses pengeluaran Sijil.

12 bulan
3Permohonan Lengkap Pelepasan Kewarganegaraan

Permohonan Pendaftaran Akuan Pelepasan Kewarganegaraan yang diterima di kaunter Ibu Pejabat JPN Putrajaya, diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.

Permohonan Pelepasan / Penolakan Kewarganegaraan yang diterima di Konsul di luar Negeri dan JPN Ibu Negeri diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya.

14 hari bekerja


30 hari bekerja
4Gantian Sijil Warganegara

Permohonan gantian Sijil Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya.

14 hari bekerja
5Cabutan Sijil Warganegara

Permohonan cabutan Sijil Warganegera diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya.

5 hari bekerja
6Carian Sijil Warganegara

Permohonan keputusan carian Sijil Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN
Putrajaya.

7 hari bekerja
7Salinan Sah Sijil Warganegara

Permohonan salinan sah Sijil Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya.

3 hari bekerja
8Pindaan Butiran Sijil Warganegara

Permohonan pindaan butiran Sijil Warganegara diproses dan diselesaikan dalam tempoh berikut dari tarikh permohonan yang lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN
Putrajaya.

14 hari bekerja
9Cabutan Sijil W (Kelahiran Luar Negara)

Permohonan cabutan Sijil W bagi kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara diproses dan diselesaikan dari tarikh permohonan lengkap diterima oleh Ibu Pejabat JPN Putrajaya.

1 hari bekerja
.
X