Permohonan Cabutan Atau Salinan Diperakui Sah Dalam Daftar Kewarganegaraan

Print Friendly and PDF

Bagi mereka yang hendak mendapatkan cabutan atau salinan yang sah ke atas Borang Permohonan, Sijil, Notis, Perintah, Akuan Dalam Daftar yang diberi di bawah Bahagian lll, Perlembagaan atau di bawah peruntukan-peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1948 ia boleh dibuat dalam bentuk satu permohonan bertulis dalam borang yang ditetapkan.

Mengisi Borang N dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen bersaiz A4 yang perlu dibawa bersama.

Permohonan boleh diterima di mana-mana kaunter  Bahagian Kewarganegaraan Ibu Pejabat JPN Putrajaya /Ibu Pejabat JPN Negeri/Cawangan atau melalui pos.

1. Butir-butir maklumat untuk pengeluaran cabutan (seperti No. Sijil, Perkara, tempat dan tarikh dikeluarkan)

2. No. Kad pengenalan pemohon (jika nama pemohon tercatat dalam Sijil Warganegara ibu/bapa, kembarkan sijil kelahiran).

3. Jika pemohon adalah anak kepada pemegang sijil yang diminta dan ibu/bapa sebagai pemegang sijil telah meninggal dunia, kembarkan sijil kematian ibu bapa.

4. Berikan sebab-sebab memohon cabutan dengan jelas dalam borang permohonan.

5. Pemohonon boleh dibuat oleh:

5.1 Pemilik dokumen atau
5.2 Ibu/bapa pemilik dokumen atau
5.3 Suami/isteri pemilik dokumen atau
5.4 Anak kepada pemilik dokumen atau
5.5 Waris terdekat (datuk/nenek sahaja)

1. RM2.00 bayaran pendaftaran permohonan

2. RM5.00 bayaran pengeluaran dokumen

Nota: Bayaran boleh dibuat dalam bentuk wang tunai atau wang pos dalam nilai RM2.00 sekeping dan RM5.00 sekeping.

Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal . Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri / Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.

.
X