Permohonan Carian Dalam Daftar Kewarganegaraan

Print Friendly and PDF

Bagi mereka yang hendak mendapatkan carian ke atas Surat Permohonan, Sijil, Notis, Perintah, Akuan Dalam Daftar yang diberi di bawah Bahagian lll, Perlembagaan atau di bawah peruntukan-peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1948 ia boleh membuat satu permohonan bertulis dalam borang yang ditetapkan.

Mengisi Borang O dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen bersaiz A4 yang perlu dibawa bersama.

Permohonan boleh diterima di mana-mana kaunter  Bahagian Kewarganegaraan Ibu Pejabat JPN Putrajaya /JPN Negeri/Cawangan atau melalui pos.

1. Butir-butir maklumat untuk pengeluaran carian (seperti No. Sijil, Perkara, tempat dan tarikh dikeluarkan jika ada).

2. No. Kad pengenalan pemohon (jika nama pemohon tercatat dalam Sijil Warganegara ibu/bapa, kembarkan sijil kelahiran).

3. Berikan sebab-sebab memohon carian dengan jelas dalam borang permohonan serta nyatakan tahun carian Sijil Warganegara dikeluarkan.

4. Pemohonon boleh dibuat oleh:

4.1. Pemilik dokumen atau
4.2. Ibu/bapa pemilik dokumen atau
4.3. Suami/isteri pemilik dokumen atau
4.4. Anak kepada pemilik dokumen atau
4.5. Waris terdekat (datuk/nenek sahaja)

1. RM5.00 bayaran bagi carian satu tahun atau sebahagian darinya RM5.00

2. RM5.00 bayaran bagi carian tambahan bagi setiap tahun atau sebahagian darinya RM5.00

Nota: Bayaran boleh dibuat dalam bentuk wang tunai atau wang pos dalam nilai RM5.00 sekeping.

Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal . Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri / Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.

.
X