Permohonan Gantian Sijil Kewarganegaraan

Print Friendly and PDF

Bagi mereka yang hendak mendapatkan gantian ke atas Sijil Kewarganegaraan yang hilang, rosak atau binasa, ianya boleh membuat satu permohonan bertulis dalam borang yang ditetapkan.

Mengisi Borang P dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen bersaiz A4 yang perlu dibawa bersama.

Permohonan boleh diterima di mana-mana kaunter  Bahagian Kewarganegaraan Ibu Pejabat JPN Putrajaya /JPN Negeri/Cawangan atau melalui pos.

1. Butir-butir maklumat untuk pengeluaran gantian (seperti No. Sijil, Perkara, tempat dan tarikh dikeluarkan (jika ada).

2. Kad pengenalan pemohon atau Cabutan Butir-butir dari Daftar Kad Pengenalan.

3. Sijil Warganegara (jika ada)

4. 4 keping gambar terbaru pemilik dokumen berukuran pasport berlatar belakangkan warna biru

5. Jika permohonan melalui pos, hanya salinan dokumen yang perlu dikemukakan

6. Permohonon boleh dibuat oleh:

6.1. Pemilik dokumen atau
6.2. Ibu/bapa pemilik dokumen atau
6.3. Suami/isteri pemilik dokumen atau
6.4. Anak kepada pemilik dokumen atau
6.5. Waris terdekat (datuk/nenek sahaja)

1. RM2.00 bayaran pendaftaran permohonan
2. RM5.00 bayaran pengeluaran dokumen

Nota: Bayaran boleh dibuat dalam bentuk wang tunai atau wang pos dalam nilai RM2.00 sekeping dan RM5.00 sekeping.

Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal . Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri / Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara

.
X