Permohonan Pelepasan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 23 Perlembagaan Persekutuan

Bagi mereka yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih, sempurna akal dan yang telah menjadi atau akan menjadi warganegara asing boleh menolak taraf kewarganegaraan Malaysianya. Bagi perempuan yang telah berkahwin faktor umur tidak diambil kira.

1. Pemohon hendaklah berumur 21 tahun ke atas.

2. Sempurna akal.

3. Telah memperolehi taraf warganegara negara asing atau perakuan negara berkenaan akan menjadi warganegara negara asing.

4. Mengisi Borang K dalam 2 salinan dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang perlu dibawa bersama.

with copies of the necessary documents.

Pemohon dikehendaki hadir sendiri di mana-mana kaunter  Bahagian Kewarganegaraan JPN atau di Pejabat Konsul Malaysia di luar negara dengan melengkapi 2 keping Borang K (asal).

1. Salinan pasport Negara asing

2. Salinan sijil warganegara Negara asing atau Salinan Surat Pengesahan yang pemohon akan menjadi Warganegara asing

3. Sijil kelahiran atau Cabutan sijil kelahiran terbaru bagi kelahiran di Malaysia atau Borang W bagi kelahiran di Luar Negara (jika ada)

4. Sijil Warganegara (jika ada)

5. Kad pengenalan (jika ada)

6. 2 keping gambar pemohon berukuran pasport, berlatar belakang biru

7. Cap ibu jari kiri dan kanan pemohon

8. Borang K hendaklah ditandatangani dan disahkan dihadapan Majistret/Jaksa Pendamai/Peguamcara/Notari Awam atau Pesuruhjaya Sumpah

9. Pasport Malaysia atau lain-lain dokumen perjalanan

10. Dokumen perkahwinan (jika perempuan yang berumur bawah 21 tahun)

Nota: Semua salinan fotostat dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4

RM10.00 bayaran pendaftaran permohonan.

Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal .  Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri / Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan,  borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.

.
X