Permohonan Pindaan Butiran Dalam Dokumen Kewarganegaraan

Print Friendly and PDF

Bagi mereka yang berkehendakkan pembetulan butir-butir oleh kerana kesilapan, orang yang berkenaan dengan sijil itu, boleh membuat satu permohonan bertulis dalam borang yang ditetapkan.

Mengisi Borang P dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen bersaiz A4 yang perlu dibawa bersama.

Permohonan boleh diterima di mana-mana kaunter  Bahagian Kewarganegaraan Ibu Pejabat JPN Putrajaya /JPN Negeri/Cawangan atau melalui pos.

1. Kad pengenalan atau Cabutan Butir-butir dari Daftar Kad Pengenalan pemohon.

2. Sijil Warganegara asal/Sijil Pengesahah Taraf Kewarganegaraan asal/Borang W asal/Borang K asal

3. Dokumen sokongan bukti pindaan butiran

4. 3 keping gambar terbaru pemilik dokumen berukuran pasport berlatar belakangkan warna biru

5. Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil kelahiran terbaru pemohon (jika ada)

6. Dokumen perkahwinan (jika ada)

7. Jika permohonan melalui pos, hanya salinan dokumen yang perlu dikemukakan

8. Pemohonon boleh dibuat oleh:

8.1. Pemilik dokumen atau
8.2. Ibu/bapa pemilik dokumen atau
8.3. Suami/isteri pemilik dokumen atau
8.4. Anak kepada pemilik dokumen
8.5. Waris terdekat (datuk/nenek sahaja)

1. RM10.00 bayaran pendaftaran permohonan.
2. RM10.00 bayaran pengeluaran dokumen

Nota: Bayaran boleh dibuat dalam bentuk wang tunai atau wang pos dalam nilai RM10.00 sekeping.

Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal . Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri / Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.

.
X