Permohonan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan – Pengesahan Taraf Kewarganegaraan (Kelahiran Dalam Negeri dan di Luar Persekutuan)

Print Friendly and PDF

Permohonan untuk mengesahkan taraf seseorang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia (16 September 1963) yang dilahirkan di dalam negara berdasarkan taraf ibu atau bapa.

1. Pemohon dan orang yang hendak didaftarkan hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan pemohonan selaras dengan Kaedah 28, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 (Pindaan 1996).

2. Pemohon adalah:

2.1 Bapa atau Ibu;
2.2 Penjaga atau saudara mara terdekat;
2.3. Orang yang hendak didaftarkan sendiri.

3. Mengisi Borang E dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang perlu dibawa bersama.

Pemohon dan orang yang didaftarkan dikehendaki hadir ke Kaunter Bahagian Kewarganegaraan, Ibu Pejabat Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN setiap Negeri atau JPN Cawangan dan membawa bersama dokumen-dokumen asal beserta salinan.

1. DOKUMEN ORANG YANG DIDAFTARKAN (ASAL DAN SALINAN)

1.1 Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru
1.2 Kad Pengenalan (jika ada)
1.3 Pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika ada)
1.4 Dokumen bukti persekolahan (jika bersekolah)
1.5 Tiga (3) keping gambar terbaru berukuran pasport berlatar belakangkan warna biru.

2. DOKUMEN IBU & BAPA (ASAL DAN SALINAN)

2.1 Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru (jika ada)
2.2 Kad Pengenalan (jika ada)
2.3 Permit masuk atau pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika ada)
2.4 Sijil Warganegara (jika ada)
2.5 Dokumen Perkahwinan (jika perkahwinan berlaku di luar negara bagi pasangan islam, kemukakan pengesahan oleh Jabatan Agama Islam)

3. DOKUMEN ADIK BERADIK (ASAL DAN SALINAN)

3.1 Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru
3.2 Kad Pengenalan (jika ada)

Nota: Semua salinan dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4. 

1. RM 2.00 bayaran pendaftaran permohonan.

2. RM 10.00 bayaran pengeluaran Sijil Pengesahan Taraf (jika diluluskan).

Nota: Bayaran dalam bentuk wang pos boleh diterima dalam nilai RM 10.00 sekeping.

1. Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal . Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri/Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.

2. Bagi anak yang dilahirkan sebelum perkahwinan didaftarkan, taraf anak tersebut adalah mengikut taraf ibu sepertimana yang dinyatakan pada Seksyen 17, Bahagian III Jadual kedua Perlembagaan Persekutuan.

Makluman: Borang dalam portal ini hanyalah untuk panduan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

Borang E – Permohonan Pengesahan Taraf

.
X