Permohonan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan – Isteri Kepada Warganegara

Print Friendly and PDF

Permohonan oleh mana-mana perempuan yang bersuami dan suaminya seorang warganegara.

1. Bahawa perkahwinannya masih berterusan.

2. Bahawa ia telah bermastautin di Persekutuan sepanjang tempoh dua tahun sebelum tarikh permohonan itu dan berniat hendak berbuat demikian secara tetap.

3. Bahawa ia berkelakuan baik.

4. Bahawa perkahwinannya telah didaftarkan mengikut mana-mana undang -undang bertulis yang berkuat kuasa di Persekutuan.

1. Pemohon dan suami hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan permohonan.

2. Mengisi Borang A dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang perlu dibawa bersama.

Pemohon dan suami dikehendaki hadir ke kaunter Bahagian Kewarganegaraan JPN yang berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen asal beserta salinan.

1. DOKUMEN PEMOHON (ASAL DAN SALINAN)

1.1. Kad Pengenalan
1.2. Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil kelahiran terbaru atau Sijil Anak angkat (jika ada)
1.3. Dokumen Perkahwinan yang didaftar mengikut Undang-Undang bertulis di Malaysia
1.4. Permit Masuk atau Cabutan Butir-Butir dari Daftar Kad Pengenalan pemohon
1.5. Pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika ada)
1.6. Tiga (3) keping gambar terbaru berukuran pasport berlatar belakangkan warna biru.

2. DOKUMEN SUAMI (ASAL DAN SALINAN)

2.1. Kad Pengenalan
2.2. Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru (jika ada)
2.3. Sijil Warganegara (jika ada)
2.4. Pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika ada)
2.5. Satu (1) keping gambar terbaru berukuran pasport berlatar belakangkan warna biru.

3. DOKUMEN IBU BAPA & ADIK BERADIK (SALINAN)

3.1 Kad pengenalan (jika ada)

4. DOKUMEN ANAK ANAK (SALINAN)

4.1. Sijil Kelahiran (jika ada)
4.2. Kad Pengenalan (jika ada)

Nota: Semua salinan fotostat dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4.

1. RM10.00 bayaran pendaftaran permohonan.
2. RM300.00 bayaran pengeluaran Sijil Warganegara (jika diluluskan).

Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal . Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri/Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.

Makluman: Borang dalam portal ini hanyalah untuk panduan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

Borang A – Permohonan Warganegara Bawah Perkara 15(1) & 16 Perlembagaan Persekutuan

.
X