Permohonan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan – Anak Kepada Warganegara Yang Berumur Kurang Daripada 21 Tahun

Print Friendly and PDF

Pendaftaran permohonan sebagai warganegara Malaysia oleh seseorang yang berumur dibawah dua puluh satu tahun, jika sekurang-kurangnya salah seorang daripada  ibu bapanya (atau pada masa kematiannya) seorang warganegara.

1. Pemohon dan orang yang didaftarkan hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan permohonan.

2. Orang yang didaftarkan hendaklah berumur kurang daripada 21 tahun pada tarikh permohonan dikemukakan.

3. Salah seorang dari ibu bapanya adalah seorang warganegara Malaysia.

4. Permohonan hendaklah dikemukakan oleh ibu atau bapanya atau penjaga.

5. Mengisi Borang B dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang perlu dibawa bersama.

6. Mengisi Lampiran A.15(2) iaitu Surat Akuan Persetujuan bersama permohonan kewarganegaraan Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan yang dipohon di Pejabat Konsul Luar Negara dalam tempoh satu (1) tahun daripada tarikh kelahiran.

Pemohon dan orang yang didaftarkan dikehendaki hadir ke Kaunter Bahagian Kewarganegaraan Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau Ibu Pejabat  JPN Negeri / JPN Cawangan dan membawa bersama dokumen-dokumen asal beserta salinan.

1. DOKUMEN ORANG YANG DIDAFTARKAN (ASAL DAN SALINAN)

1.1. Kad pengenalan (jika ada).
1.2. Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru atau Sijil Anak Angkat (Terjemahan sijil kelahiran dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris oleh Mahkamah/Pejabat Konsol/Penterjemah awam jika kanak-kanak lahir di luar Negara).
1.3. Permit Masuk atau pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika ada)
1.4. Tiga (3) keping gambar terbaru berukuran pasport berlatar belakangkan warna biru.
1.5. Dokumen bukti persekolahan (jika bersekolah)

2. DOKUMEN PEMOHON ATAU PENJAGA (ASAL DAN SALINAN)

2.1. Kad pengenalan

3. DOKUMEN IBU BAPA & ADIK BERADIK (ASAL DAN SALINAN)

3.1. Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil kelahiran terbaru
3.2. Kad Pengenalan
3.3. Sijil Warganegara (jika ada)
3.4. Dokumen Perkahwinan

Nota: Semua salinan fotostat dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4.

1. RM10.00 bayaran pendaftaran permohonan.

2. RM100.00 bayaran pengeluaran Sijil Warganegara (jika diluluskan).

Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal . Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri/Cawangan. Bagi permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pelepasan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.

Makluman: Borang dalam portal ini hanyalah untuk panduan. Bagi urusan, sila gunakan borang asal.

Borang B -Permohonan Warganegara Bawah Perkara 15A & 15(2) Perlembagaan Persekutuan

.
X