OPERASI KAUNTER HUJUNG MINGGU JPN IBU PEJABAT JPN DITUTUP SEMPENA HARI KRISMAS 2016

OPERASI KAUNTER HUJUNG MINGGU JPN IBU PEJABAT JPN DITUTUP SEMPENA HARI KRISMAS 2016

Dengan ini Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa kaunter hujung minggu di Ibu Pejabat JPN di seluruh Malaysia akan ditutup pada 24 Disember (Sabtu) bersempena Hari Krismas 2016.

Ibu Pejabat yang terlibat adalah JPN W.P. Putrajaya, JPN Negeri Sembilan, JPN Selangor, JPN Pulau Pinang dan JPN Perlis. Operasi kaunter Ibu Pejabat JPN tersebut akan kembali beroperasi seperti biasa pada 27 Disember 2016 (Selasa).

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN di talian 03 – 8880 7077 atau e-mel di pro@jpn.gov.my.

JPN juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada semua warga Malaysia yang beragama Kristian.

Sekian, harap maklum.

.
X