PEMBERITAHUAN PENUTUPAN OPERASI KAUNTER JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN) NEGERI PERLIS PADA SETIAP HARI SABTU

PEMBERITAHUAN PENUTUPAN OPERASI KAUNTER JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN) NEGERI PERLIS PADA SETIAP HARI SABTU

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin memaklumkan kepada orang ramai berkaitan penutupan operasi kaunter di pejabat JPN Negeri Perlis pada setiap hari sabtu mulai 04 November 2017.

Turut dimaklumkan pejabat JPN di UTC Perlis telah beroperasi mulai 01 November 2017 pada setiap hari (Isnin-Ahad) kecuali hari cuti umum. Kaunter tersebut dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 9.30 malam. Orang ramai boleh berurusan di pejabat JPN di UTC Perlis seperti alamat berikut :

JABATAN PENDAFTARAN NEGARA
CAWANGAN UTC PERLIS
ARAS G, BLOK B,
PUSAT TRANFORMASI BANDAR (UTC)
01000, KANGAR,
PERLIS

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat JPN Putrajaya di talian 03 – 8880 7077 atau e-mel ke pro@jpn.gov.my.

Sekian, harap maklum.

.
X