Pendaftaran Perkahwinan Secara Sukarela



PENDAFTARAN PERKAHWINAN BAGI PASANGAN BUKAN ISLAM YANG TELAH BERKAHWIN MENGIKUT SESUATU UNDANG-UNDANG, ADAT ATAU KELAZIMAN SEBELUM 1.3.1982 di bawah Sek.33, Akta 164 [PENDAFTARAN SECARA SUKARELA]

  1. Pasangan wajib hadir ke kaunter JPN semasa permohonan dan pendaftaran perkahwinan.
  2. Dokumen-dokumen sokongan:-
    • MyKad ASAL bagi warganegara.
    • Bagi warganegara Malaysia, jika pendaftaran perkahwinan itu didaftarkan di luar negeri sebelum 01.03.1982 maka bukti dokumen pasport dan butiran maklumat perjalanan perlu dikemukakan.
    • Pasport ASAL dan salinan fotostat maklumat diri serta tarikh ketibaan terkini ke Malaysia bagi bukan warganegara.
    • Satu (1) keping gambar berwarna ukuran (32mm X 38mm)/pasport berlatar belakang BIRU bagi setiap pemohon.
    • Daftar Kelahiran ASAL anak-anak dan salinan.
    • Daftar Perkahwinan.
    • Kad jemputan perkahwinan.
    • Gambar perkahwinan adat/agama.
    • Surat Akuan Berkanun dua (2) orang saksi yang menyaksikan perkahwinan.
  3. Borang Pendaftaran Perkahwinan – Borang JPN.KC06.
  4. Bayaran:-
    • Daftar Perkahwinan
      • Fi adalah RM20.00.