Penghargaan

Tarikh Dihantar Nama JPN Negeri Cawangan / Individu Penghargaan
22/05/2012 - 10:26pm noormansor bin jul kota kinabalu dengan tambunan sy sangat berterima kasi dengan kerajaan sekarang sebab walau pn orang tua sy asal tiada apa2 sampai mendapat paspot imm13, smpai lah memegang permastautin tetap di sabah, kami adik beradik di lahirkan di sabah sampai lah berkawin dengan orang tempatan, umur sy pn dah 28 thn, sy sangat berterima kasih dengan kerajaan sekarang
22/05/2012 - 1:59pm masimon bin maen individu beribu jutaan terima kasih kepada pihak jpn kerana menyediakan talian ini,kerana memang memudahkan bagi pihak awam seperti kami untuk menyemak sebarang pertanyaan berkenaan dengan pihak jpn.terima kasih sekali lagi....
21/05/2012 - 9:37pm roslan bin saadin tanjung malim jutaan terimakasih dari saya sekeluarga diatas layanan mesra dan perkhidmatan yg menyenangkan hati dari segala urusan dan penerangan yg diberikan.teruskan usaha anda semua kearah perkhidmatan yg mesra pelanggan.TAHNIAH.
21/05/2012 - 3:47pm suhrdi bin hasan JPN lahad datu sabah Mesra dan cepat
20/05/2012 - 5:31pm Mirza Sheikh Ain Beg Moghal Help & Support by Ms. Jasmila in Death Department I just dropped by to inform that I had an issue in regards to my father's death endorsement, where Malaysian Embassy in Pakistan was not issuing a confirmation letter for further process in Putrajaya, Malaysia. I would like to inform you that Ms. Jasmila from the death department in JPN Putra Jaya has been great support to get the confirmation letter from the embassy in Pakistan. She is very devoted, humble, kind and professional at work. She provided her best to get the confirmation for my father's death endorsement in Malaysian putra jaya. She is very nice person and made proud JPN by showing the interest and encouregment towards this case. She has been helpful at every single stage and kept in touch even having a tight schadule and was kind enough to follow up with Malaysian Embassy in Pakistan on behalf of me and my brother. In the end I would say thank to Ms. Jasmila. We need people like you every where who can understand and accept a problem of others as their. Regards, Mirza
18/05/2012 - 7:59pm Suraya Hani Md Ayob JPN Port Klang Syabas kepada JPN kerana telah mempermudahkan cara mendapatkan sijil kelahiran baru bagi menggantikan sijil kelahiran saya yg hilang!! Ribuan terima kasih kepada semua staf yg bertugas di kaunter pada hari Jumaat 18 May 2012 kerana memberi layanan yg mesra bukan sahaja kepada saya tetapi kepada semua pelanggan! KUDOS!!
17/05/2012 - 8:41am Noor Aini JPN Putrajaya Terimakaseh kerana urusan penggantian kad pengenalan anak saya dapat di sempurnakan dengan cepat(24 jam )seperti yang dijanjikan sekali gus memudahkan urusan anak saya ke IPTA. Syabas...
14/05/2012 - 5:15pm UMAMAGESWARY A/P MUTHUSAMY JPN WP-KL Ribuan terima kasih kepada kerajaan kerana menyiapkan MyKad saya dengen cepat.Saya menghargai kerjasama anda.
10/05/2012 - 4:05pm RIVOLDIANTOE BIN BASRAN CIK/PUAN MASTIKA Terimakasih kerana memberikan bantuan/komitmen yang penuh didalam bidang kerja beliau semasa saya bertanyakan berkenaan permohonan penggantian kad pengenalan kerana bertukar alamat (10 Mei 2012 Jam 8.35 am). Syabas kepada JPN (Putrajaya) kerana berjaya menghasilkan kakitangan/pegawai beretika semasa melayan pelanggan ditalian.
09/05/2012 - 11:24pm Mohamad Edris Cawangan Kuching (Simpang Tiga) Terima kasih tidak terhingga di atas bantuan dan perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan Tuan/Puan iaitu Cik Farizan (Kaunter 2), Kakak yang bertugas di Kaunter 10 (maaf terlupa nama) & Pegawai Penyelia yang terlibat, dalam memproses permohonan saya untuk mendapatkan Mykad ganti pada pagi 08.05.2012/Selasa. Perkhidmatan cekap, ramah, mesra yang diberikan dan yang tak lekang dengan SENYUMAN, telah menceriakan hari saya semalam yang mulanya duka/suram dek memikirkan kehilangan dokumen-dokumen penting dan kepayahan/kerumitan proses menguruskan urusan-urusan segera lain TANPA kad pengenalan diri Mykad. Dengan keperihatinan & pertimbangan yang ditunjukkan, rayuan saya untuk mendapatkan Mykad pada hari yang sama telah dapat disegerakan dan secara lansung telah memudahkan urusan-urusan segera saya yang lain yang memerlukan Mykad, selepas itu. Saya percaya kakitangan-kakitangan Tuan/Puan yang lain turut memberikan perkhidmatan cemerlang dan sentiasa peka dengan keperluan pelanggan-pelanggan. Syabas diucapkan dan semoga terus berusaha memastikan perkhidmatan yang diberikan akan sentiasa cemerlang dan memuaskan hati pelanggan. Terima kasih Cik Farizan (Kaunter 2), Kakak yang bertugas di Kaunter 10 (maaf terlupa nama) & Pegawai Penyelia yang terlibat. Thank you very much....dan semoga urusan harian anda akan turut dipermudahkan.