Penghargaan/Appreciation

Tarikh Dihantar Nama Cawangan / Individu Penghargaan
22/12/2012 - 9:42am Yuniati Binti Bachri JPN Shah Alam & JPN Kota Damansara Saya amat menghargai kerjasama baik pihak dan tindakan yang cepat dalam memproses daftar kelahiran lewat anak saya pada 16/5/2012 di JPN Kota Damansara. Terima kasih juga pada JPN Shah Alam dan panel daftar lewat lahir dalam kerjasama yang di berikan dalam permohonan ini. Terus maju dan tetap maju untuk negara. Terima kasih semua..!!!
21/12/2012 - 11:08am nurshakirah md samsudin JPA, Putrajaya kaunter bergerak JPN di JPA, parcel C merupakan satu langkah bijak & sangat efiyen bagi memudahkan urusan orang ramai khusnya penjawat awam dalam melaksanakan urusan kad pengenalan kerana dapat menangani masalah mobaliti & pembaziran masa & kesesakan di kaunter. teruskan usaha murni anda.Cuma cadanga, mungkin kaedah yang sama dapat dilaksanakan dari segi pengambilan kad pengenalan yang telah siap diproses. well done!
18/12/2012 - 6:52am Kent Lau Chee Yong Puchong & Putrajaya Thank you for waking up so so early to serve Malaysian. and with a smile. Thank you thank you thank you.
16/12/2012 - 8:53pm AHMAD RAZALLI BIN ZAINUDDIN Seremban Assalamualaikum..saya ingin mengucapkan rasa syabas dan terima kasih di atas layanan yang telah diberikan oleh petugas kaunter JPN Seremban bahagian Anak Angkat (Kaunter 10/En Jasmani). Saya telah datang ke kaunter tersebut untuk membuat pertanyaan berhubung dengan prosedur dan tatacara pengambilan anak angkat pada 14 Disember 2012 jam 2-3pm. Saya amat kagum dengan layanan yang telah beliau berikan kepada saya dan saya amat berpuas hati. Beliau sentiasa memberikan senyuman dan menggunakan nada suara yang amat menyenangkan hati. Syabas kepada JPN kerana mempunyai kakitangan yang amat berdedikasi. Semoga JPN terus unggul dalam melahirkan anggota yang berkualiti. Syabas sekali lagi.
16/12/2012 - 8:28pm salimah binti muhaimin jpn keningau Jabatan pendaftaran negara (JPN) keningau servis is good than jpn putrajaya. :) may jpn keningau always maintain it servis.
16/12/2012 - 8:25pm joanne JPN Daerah Keningau servis di JPN Keningau adalah servis terbaik. layanan mesra daripada staff. servis di jpn keningau juga sangat cepat walaupun banyak orang dan mempunyai 4 kaunter. jpn keningau adalah jpn terbaik.selain itu, kaunter jpn keningau sangat bersih dan teratur. malahan, staff di kaunter juga peramah dan mesra.jpn yang lain diharap dapat mengikut jejak jpn keningau. ucapan jutaan terima kasih diucapkan banyak-banyak kerana servis adalah sangat capat dan staff adalah sangat mesara dan peramah.
16/12/2012 - 7:52pm mohd asri jpn putrajaya / encik md solehan - pengarah bahagian kad pengenalan terima kasih kepada encik md solehan kerana telah membantu saya menukar pusat kutipan mykad dari jpn negari sabah kepada jpn daerah keningau. terima kasih banyak-banyak kerana telah menukar pusat kutipan mykad tanpa mengambil masa yang lama. syabas dan tahniah. terima kasih sekali lagi diucapkan kepada encik md solehan.
14/12/2012 - 6:57pm Heryanti binti Mohd Aziz Klang Terima kasih atas perkhidmatan yang diberikan. semasa berurusan dikaunter saya dilayan dengan baik sekali..
13/12/2012 - 7:24pm Davies edmund JPN donggongon sabah terima kasih kepada jpn donggongon sabah atas kerjasama majlis perkhawinan kami..saya dan seluruh family saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yg tak terhingga di atas perkhidmatan yang telah diberikan pada kami...
12/12/2012 - 11:42pm Dayang Fadzilliah Penampang Terima kasih kepada pegawai jpn penampang yang cekap menjalankan tugas dan sentiasa senyum ketika menjalankan tugas dan tidak sombong kepada pelanggan tidak kira bangsa. Dan penyelia yang sentiasa memerhatikan keadaan di kawasan pelanggan dalam keadaan terkawal.. keep up the good work for our own people..