Pengumuman

dari 24 muka surat Sebelum ||  Seterusnya

Pemberitahuan Mengenai Penutupan Operasi Kaunter JPN Negeri Pulau Pinang Pada 4 November 2017 (Sabtu)

Dimaklumkan Kaunter JPN Negeri Pulau Pinang Yang Beralamat Di Bangunan Persekutuan, Jalan Anson, 10551 Georgetown Akan Ditutup Pada 4 November 2017 (Sabtu) Berikutan Penyelenggaraan Sistem Elektrikal Bangunan Yang Dijalankan Oleh Pihak Pengurusan Bangunan Tersebut.


PEMBERITAHUAN PENUTUPAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA DAERAH SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin memaklumkan bahawa JPN Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang  seperti di alamat berikut akan tidak lagi beroperasi mulai 09 Oktober 2017:

Jabatan Pendaftaran Negara
Daerah Seberang Perai Utara,
Aras 2, Wisma Suria,
Jalan Kg. Gajah,
12100 Butterworth, Pulau Pinang

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi
Unit Komunikasi Korporat JPN di talian 03–8880 7077, atau e-mel ke pro@jpn.gov.my.

Sekian, harap maklum.


PEMBERITAHUAN PENUTUPAN OPERASI KAUNTER JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN) BERSEMPENA HARI KEBANGSAAN DAN PERAYAAN HARI RAYA AIDILADHA TAHUN 2017

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin memaklumkan kepada orang ramai berkaitan penutupan pejabat JPN di seluruh Malaysia bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Aidiladha bagi tahun 2017. Jadual penutupan operasi pejabat JPN adalah sebagaimana ketetapan berikut:

PEJABAT JPN TARIKH PENUTUPAN
 Pejabat JPN termasuk UTC

di seluruh Malaysia

31 hingga 3 September 2017

(Khamis hingga Ahad)

Sehubungan itu, perkhidmatan kaunter JPN di seluruh Malaysia akan kembali beroperasi semula seperti biasa pada 4 September 2017 (Isnin).

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat JPN Putrajaya di talian 03 – 8880 7077 atau e-mel ke pro@jpn.gov.my.

Sekian, harap maklum.


2 dari 24 muka surat Sebelum ||  Seterusnya


.
X