Kelahiran Di Semenanjung
- Biasa
- Lambat
- Lewat
- Menunaikan Haji
- Hilang & Musnah
- Disahtaraf
- Mengubah Nama
- Memasukkan Nama
- Membetulkan Kesilapan
- Cabutan Sijil
- Cabutan Sijil Hedjaz
PENDAFTARAN BIASA
Pemohonan pendaftaran kelahiran biasa bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.
[Seksyen 8, Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohonan pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia dengan mengemukakan Borang JPN.LM01 yang lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen Pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)
2. Dokumen Pemeriksaan ibu mengandung
3. Pengesahan Kelahiran atau kelahiran mati
4. Dokumen Perkahwinan ibubapa (bagi anak pertama sahaja) – jika berkahwin
BAYARAN
Tiada bayaran dikenakan.
PENDAFTARAN LAMBAT
Pemohonan pendaftaran kelahiran lambat bermaksud pendaftaran yang didaftarkan dalam tempoh 15 hari hingga 42 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut dan kelahiran berlaku di Malaysia.
[Seksyen 11(1), Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohonan pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia dengan mengemukakan Borang JPN.LM01 yang lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen Pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)
2. Dokumen Pemeriksaan ibu mengandung
3. Pengesahan Kelahiran atau kelahiran mati
4. Dokumen Perkahwinan ibubapa (bagi anak pertama sahaja) – jika berkahwin
BAYARAN
Bayaran permohonan : RM 5.00
PENDAFTARAN LEWAT
Pemohonan pendaftaran kelahiran lewat bermaksud setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia yang didaftarkan selepas 42 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut.
[Seksyen 12(1), Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohonan pendaftaran lewat kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia dengan mengemukakan Borang JPN.LM01 yang lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan. Setiap permohonan yang dibuat akan diterima selepas keputusan carian diperolehi dengan menggunakan borang JPN.LM14 (kecuali kelahiran berlaku selepas 2003).
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen Pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)
2. Kad/Buku Pemeriksaan ibu mengandung (jika ada)
3. Borang Pengesahan Kelahiran atau kelahiran mati (jika ada)
4. Dokumen Perkahwinan (jika ada)
5. Surat Akuan Berkanun Permohonan Pendaftaran Lewat Kelahiran JPN.LM27
6. Borang Maklumat Keluarga – BMK81
7. Senarai Gambar-gambar Bapa, Ibu dan Adik-Beradik – BMK81A
BAYARAN
Bayaran proses : RM 10.00
PENDAFTARAN KELAHIRAN SEMASA MENUNAIKAN HAJI
Setiap kelahiran yang berlaku semasa menunaikan Haji hendaklah dilaporkan kepada pendaftar di Hedjaz dalam masa 40 hari dari tarikh kelahiran atau melaporkan kepada kaunter Ibu Pejabat JPN dalam masa 6 bulan dari tarikh kelahiran. Walau bagaimanapun, kelulusan hanya dibuat oleh Pendaftar Besar Ibu Pejabat JPN.
[Seksyen 4(1)(a) dan (b), Akta 152]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohonan pendaftaran kelahiran Hedjaz boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia dengan mengemukakan Borang JPN.LMH1 yang lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen Bukti Kelahiran
2. Dokumen Pengenalan diri Ibu Bapa
3. Dokumen Pengenalan diri Pemaklum (jika pemaklum bukan ibu bapa)
BAYARAN
Tiada bayaran dikenakan.
DAFTAR SEMULA (HILANG & MUSNAH)
Pemohonan pendaftaran semula kelahiran adalah pendaftaran yang dibuat semula kerana daftar atau rekod kelahirannya tidak dapat dikesan mungkin hilang atau musnah dengan mengemukakan bukti bahawa kelahiran tersebut telah didaftarkan.
[Seksyen 4A, Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang JPN.LM01 dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Sijil Kelahiran Asal (jika ada)
2. Borang Maklumat Keluarga – BMK81
3. Cabutan Daftar Sekolah
4. Salinan Kad Pengenalan Kanak-kanak (jika ada)
5. Apa-apa dokumen yang tercatat nombor daftar kelahiran kanak-kanak bagi pendaftaran semula kelahiran
BAYARAN
Tiada bayaran dikenakan.
DAFTAR SEMULA ORANG YANG DISAHTARAF
Pemohonan pendaftaran semula kelahiran orang yang disahtaraf adalah pendaftaran semula kelahiran anak yang tak sah taraf bukan Islam yang telah didaftarkan kemudian ia telah disahtarafkan.
[Seksyen 17, Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang JPN.LM01 dengan lengkap beserta dengan dokumen sokongan. Pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Sijil Kelahiran Asal
2. Kad Pengenalan kanak-kanak (jika ada)
3. Sijil Perkahwinan ibubapa
4. Perintah Mahkamah bahawa kanak-kanak telah disahtarafkan
5. Kad pengenalan ibu dan bapa
BAYARAN
Bayaran permohonan:
· Percuma jika pendaftaran dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh perkahwinan ibu bapa
· Bayaran RM 30.00 dikenakan selepas 3 bulan dari tarikh perkahwinan ibu bapa
MENGUBAH NAMA KANAK-KANAK
Permohonan mengubah nama kanak- kanak yang telah didaftarkan hanya boleh dibuat dalam tempoh 1 tahun dari tarikh kelahiran kanak-kanak itu berlaku. Walau bagaimanapun nama kanak-kanak yang telah didaftarkan TIDAK BOLEH DIUBAH jika umur kanak-kanak telah mencapai 1 tahun atau lebih daripada tarikh permohonan dikemukakan.
[Seksyen 15(1), Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Permohon perlu mengisi borang JPN.LM21 dan borang JPN.LM07 dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen pengenalan diri ibubapa (jika bukan warganegara)
2. Dokumen pengenalan diri penjaga (jika bukan warganegara) yang dibuktikan dengan Surat Kebenaran Penjagaan dari
JKM
3. Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan
pindaan
4. Dokumen pengenalan diri pemohon (jika bukan warganegara) yang melebihi 21 tahun
5. Dokumen lain yang membuktikan kesilapan
BAYARAN
Bayaran permohonan :
· RM 2.00 semasa permohonan dikemukakan.
· RM 5.00 selepas permohonan diproses dan diluluskan.
· RM 5.00 untuk cetakan cabutan Sijil Kelahiran.
MEMASUKKAN NAMA KANAK-KANAK
i. PERMOHONAN MEMASUKKAN NAMA KANAK-KANAK BERUMUR DI BAWAH 1 TAHUN
Permohonan untuk memasukkan nama kanak-kanak yang telah didaftarkan ”TIADA BERNAMA” semasa pendaftaran kelahiran bagi kanak-kanak yang berumur belum sampai setahun.
[Seksyen 15(1), Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang JPN.LM21 dan borang JPN.LM07 dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Pendaftaran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen pengenalan diri ibubapa (jika bukan warganegara)
2. Dokumen pengenalan diri penjaga (jika bukan warganegara) yang dibuktikan dengan Surat Kebenaran Penjagaan dari
JKM
3. Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan
pindaan
4. Dokumen pengenalan diri pemohon (jika bukan warganegara) yang melebihi 21 tahun
5. Dokumen lain yang membuktikan kesilapan
BAYARAN
Bayaran permohonan :
· RM 2.00 semasa permohonan dikemukakan.
· RM 5.00 selepas permohonan diproses dan diluluskan.
· RM 5.00 untuk cetakan cabutan Sijil Kelahiran.
ii. PERMOHONAN MEMASUKKAN NAMA KANAK-KANAK BERUMUR 1 TAHUN – KURANG 21 TAHUN
Permohonan untuk memasukkan nama kanak-kanak yang telah didaftarkan ”TIADA BERNAMA” semasa pendaftaran kelahiran bagi kanak-kanak yang berumur setahun hingga kurang 21 tahun.
[Seksyen 15(2)(a), Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang JPN.LM21 dan borang JPN.LM07 dengan lengkap beserta dokumen sokongan.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen pengenalan diri ibubapa (jika bukan warganegara)
2. Dokumen pengenalan diri penjaga (jika bukan warganegara) yang dibuktikan dengan Surat Kebenaran Penjagaan dari
JKM
3. Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan
pindaan
4. Dokumen pengenalan diri pemohon (jika bukan warganegara) yang melebihi 21 tahun
5. Dokumen lain yang membuktikan kesilapan
BAYARAN
Bayaran permohonan :
· RM 2.00 semasa permohonan dikemukakan.
· RM 5.00 selepas permohonan diproses dan diluluskan.
· RM 5.00 untuk cetakan cabutan Sijil Kelahiran.
iii. PERMOHONAN MEMASUKKAN NAMA KANAK-KANAK BERUMUR LEBIH 21 TAHUN
Permohonan untuk memasukkan nama kanak-kanak yang telah didaftarkan ”TIADA BERNAMA” semasa pendaftaran kelahiran bagi kanak-kanak yang berumur lebih 21 tahun.
[Seksyen 15(2)(b),Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang JPN.LM21 dan borang JPN.LM08 dengan lengkap beserta dokumen sokongan.
Pemohon perlu mengisi borang JPN.LM21 dan borang JPN.LM08 dengan lengkap beserta dokumen sokongan.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen pengenalan diri ibubapa (jika bukan warganegara)
2. Dokumen pengenalan diri penjaga (jika bukan warganegara) yang dibuktikan dengan Surat Kebenaran Penjagaan dari
JKM
3. Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan
pindaan
4. Dokumen pengenalan diri pemohon (jika bukan warganegara) yang melebihi 21 tahun
5. Dokumen lain yang membuktikan kesilapan
BAYARAN
Bayaran permohonan:
· RM 2.00 semasa permohonan dikemukakan.
· RM 5.00 selepas permohonan diproses dan diluluskan.
· RM 5.00 untuk cetakan cabutan Sijil Kelahiran.
MEMBETULKAN KESILAPAN MAKLUMAT
i. PERMOHONAN MEMBETULKAN KESILAPAN PERKERANIAN
Permohonan untuk membetulkan kesilapan kecil dilakukan oleh Pendaftar yang cuma melibatkan ejaan yang jika dibetulkan tidak mengubah fakta di dalam Sijil Kelahiran.
[Seksyen 27(2), Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang JPN.LM21 dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen pengenalan diri ibubapa (jika bukan warganegara)
2. Dokumen pengenalan diri penjaga (jika bukan warganegara) yang dibuktikan dengan Surat Kebenaran Penjagaan dari
JKM
3. Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan
pindaan
4. Dokumen pengenalan diri pemohon (jika bukan warganegara) yang melebihi 21 tahun
5. Dokumen lain yang membuktikan kesilapan
BAYARAN
Bayaran permohonan :
· RM 2.00 semasa permohonan dikemukakan.
· RM 5.00 untuk cetakan cabutan Sijil Kelahiran.
ii. PERMOHONAN MEMBETULKAN KESILAPAN FAKTA
Permohonan untuk membetulkan kesilapan fakta di mana maklumat selain dari nama kanak-kanak yang diberi pemaklum semasa pendaftaran kelahiran tidak betul atau tidak diperolehi. Pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan untuk membuktikan kesilapan fakta tersebut.
[Seksyen 27(3),Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang JPN.LM21 dan borang JPN.LM22 dengan lengkap beserta dokumen sokongan.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen pengenalan diri ibubapa (jika bukan warganegara)
2. Dokumen pengenalan diri penjaga (jika bukan warganegara) yang dibuktikan dengan Surat Kebenaran Penjagaan dari
JKM
3. Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan
pindaan
4. Dokumen pengenalan diri pemohon (jika bukan warganegara) yang melebihi 21 tahun
5. Dokumen lain yang membuktikan kesilapan
BAYARAN
Bayaran permohonan :
· RM 2.00 semasa permohonan dikemukakan.
· RM 5.00 selepas permohonan diproses dan diluluskan.
· RM 5.00 untuk cetakan cabutan Sijil Kelahiran.
CABUTAN SIJIL KELAHIRAN
Permohonan untuk mendapatkan salinan daftar kelahiran oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran fee yang ditetapkan.
[Seksyen 32, Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang JPN.LM12 dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika bukan warganegara)
2. Surat Rasmi Jabatan untuk memohon carian dalam daftar (bagi permohonan dari Jabatan Kerajaan)
3. Sebarang dokumen atau maklumat yang boleh dijadikan asas membuat carian dalam daftar kelahiran seperti
Cabutan Daftar Persekolahan dan Sijil Kelahiran adik-beradik yang lain (bagi permohonan carian kelahiran)
BAYARAN
Bayaran permohonan : RM 5.00
CABUTAN SIJIL KELAHIRAN DI HEDJAZ
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang JPN.LMH3 dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
[Seksyen 9(1), Akta 152]
DOKUMEN SOKONGAN
1. Salinan Sijil Kelahiran
2. Dokumen Pengenalan Diri atau dokumen perjalanan yang sah (Bukan warganegara) asal atau salinan yang disahkan
3. Borang JPN.LM25
4. Dokumen Pengenalan Diri atau dokumen perjalanan yang sah (Bukan warganegara) asal atau salinan yang disahkan
BAYARAN
Bayaran permohonan : RM 2.00
