PERKAHWINAN DAN PENCERAIAN

 

 

PENDAFTARAN PERKAHWINAN BAGI PEMOHON BUKAN BERAGAMA ISLAM [PERMOHONAN PENDAFTARAN BIASA]

  • Pemohon perlu hadir ke kaunter JPN/Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara semasa permohonan dan pendaftaran perkahwinan.

  • Tempat permohonan adalah berdasarkan kepada alamat yang tertera dalam Mykad (warganegara) dan alamat tempat tinggal (bukan warganegara) di Malaysia.

  • Pemohon bukan warganegara hendaklah bermastautin di daerah perkahwinan selama tempoh 7 hari sebelum membuat permohonan pendaftaran perkahwinan di pejabat JPN yang berkenaan.

  • Pengupacaraan akan dilakukan selepas 21 hari tetapi tidak melebihi tempoh 6 bulan daripada tarikh permohonan.

  • Pemohon yang berumur di bawah 21 tahun, sila rujuk kepada prosedur pendaftaran perkahwinan berlesen (Kahwin Berlesen).

  • Dokumen sokongan :

    1. Kad Pengenalan bagi warganegara.

    2. Pasport bagi bukan warganegara beserta salinan fotostat maklumat diri dan tarikh ketibaan di Malaysia.

    3. Satu (1) keping gambar berwarna ukuran (32mm X 38mm) berlatar belakang BIRU bagi setiap seorang.

    4. Sekiranya pemohon bertaraf Duda/Janda sila kemukakan Dekri Nisi Mutlak

    5. Sekiranya pemohon bertaraf Duda/Balu sila kemukakan Sijil Kematian pasangan

    6. Pemohon bukan warganegara - kemukakan Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan dari negara pemohon yang telah diendorskan oleh pihak Kedutaan Malaysia di negara pemohon ATAU Kedutaan negara pemohon di Malaysia seterusnya disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra), Putrajaya. Akhir sekali, pemohon perlu membawa Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan dan dokumen sokongan yang lain  serta dokumen pengenalan diri ASAL ke Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, Ibu Pejabat JPN Putrajaya untuk mendapatkan surat kelulusan berkahwin di negeri yang berkenaan. 

  • Borang Permohonan – JPN.KC02

  • Bayaran:-

    1. Sijil Perkahwinan = RM20.00

    2. Perakuan =RM10.00

 
 

*PERINGATAN PADA HARI PENGUPACARAAN PERKAHWINAN

- Pastikan kedua-dua pasangan dan saksi-saksi membawa Kad Pengenalan/Pasport ASAL

- Kedua-dua pihak yang akan berkahwin WAJIB berpakaian sopan dan kemas.

- T-shirt (Berkolar @ Tidak Berkolar) / Jeans / Selipar / Seluar pendek- TIDAK DIBENARKAN.

- Dua (2) orang saksi dewasa berumur 21 tahun ke atas yang boleh dipercayai

 
 

 

 

PENDAFTARAN PERKAHWINAN BAGI PEMOHON BUKAN BERAGAMA ISLAM [PERMOHONAN PENDAFTARAN LESEN KHAS]

  • Pemohon perlu hadir ke kaunter JPN semasa permohonan dan pendaftaran perkahwinan.

  • Tempat permohonan adalah berdasarkan kepada alamat yang tertera dalam Mykad (warganegara) dan alamat tempat tinggal (bukan warganegara) di Malaysia.

  • Jenis-jenis lesen :-

    1. JPN.KC01A (Bagi pasangan yang mempunyai tali persaudaraan terlarang)-RM2.00.

    2. JPN.KC01B    (Persetujuan daripada bapa kandung* bagi pemohon genap 18 tetapi di bawah 21 tahun)- Percuma

    3. JPN.KC01C   (Lesen Khas Perkahwinan tanpa Perakuan dan Notis Pemberitahuan 21 hari)-RM100.00

    4. JPN.KC01D   (Dipohon oleh bapa kandung** pemohon perempuan bagi perempuan genap 16 tetapi di bawah  18 tahun)- RM10.00

    5. JPN.KC01E    (Pengupacaraan Perkahwinan di luar pejabat JPN) - RM500.00

  • Tempoh sahlaku bagi Lesen JPN.KC01C dan JPN.KC01E adalah sebulan dari tarikh kelulusan.

  • Bagi permohonan Lesen Khas Perkahwinan (JPN.KC01C) syarat bermastautin di daerah perkahwinan selama tempoh 7 hari adalah DIKECUALIKAN dan perkahwinan hendaklah diupacarakan dalam tempoh tidak melebihi satu bulan daripada tarikh permohonan diluluskan.

  • Dokumen-dokumen sokongan:-

    1. Kad Pengenalan bagi warganegara

    2. Pasport bagi bukan warganegara beserta salinan fotostat .

    3. Satu (1) keping gambar berwarna ukuran (32mm X 38mm) latar belakang BIRU bagi setiap seorang.

    4. Sekiranya pemohon bertaraf Duda/Janda sila kemukakan Dekri Nisi Mutlak

    5. Sekiranya pemohon bertaraf Duda/Balu sila kemukakan Sijil Kematian pasangan

    6. Pemohon bukan warganegara – kemukakan Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan dari negara pemohon dan diendors oleh pihak Kedutaan Malaysia di negara pemohon ATAU Kedutaan negara pemohon di Malaysia seterusnya disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra), Putrajaya. Akhir sekali, pemohon perlu membawa Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan dan dokumen sokongan yang lain  serta dokumen pengenalan diri ASAL ke Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, Ibu Pejabat JPN Putrajaya untuk mendapatkan surat kelulusan berkahwin di negeri yang berkenaan. 

    7. Sekiranya pemohon berumur di bawah 21 tahun sila kemukakan Sijil Kelahiran ASAL

    8. Sila kemukakan Sijil Kematian ibu atau bapa, jika berkaitan

  • Borang Permohonan – JPN.KC02

  • Bayaran:-

    1. Sijil Perkahwinan =RM20.00

    2. Perakuan =RM10.00 (jika berkaitan)

*
 
 

Sekiranya bapa kandung mati, ibu kandung boleh memberikan kebenaran dan jika kedua-dua ibu bapa telah mati, bapa angkat dan sekiranya bapa angkat mati, ibu angkat, jika ibu bapa angkat mati, penjaganya. Jika semua mati, perintah mahkamah diperlukan.

 
**
 

Sekiranya bapa kandung mati, ibu kandung membuat permohonan dan jika kedua-dua ibu bapa telah mati, bapa angkat dan sekiranya bapa angkat mati, ibu angkat,jika ibu bapa angkat mati penjaganya.

 

 

PENDAFTARAN PERKAHWINAN YANG TELAH DIUPACARAKAN DI LUAR NEGARA MENGIKUT UNDANG-UNDANG NEGARA ASING OLEH PASANGAN BUKAN ISLAM (Sek.31, Akta 164)

  • Pasangan perlu hadir ke kaunter JPN/Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara semasa permohonan dan pendaftaran perkahwinan

  • Pendaftaran perkahwinan di bawah Seksyen 31 ini perlu dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh perkahwinan didaftarkan di bawah undang-undang negara asing. Pendaftaran selepas tempoh 6 bulan akan dikenakan bayaran  PENALTI

  • Dokumen-dokumen sokongan:-

    1. Kad Pengenalan bagi warganegara

    2. Pasport bagi bukan warganegara beserta salinan fotostat maklumat diri dan tarikh ketibaan di Malaysia.

    3. Satu (1) keping gambar berwarna ukuran (32mm X 38mm) berlatar belakang BIRU bagi setiap seorang.

    4. Sijil Perkahwinan luar negara ASAL dan salinan fotostat. (Sekiranya sijil tersebut dalam bahasa asing, perlu diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris oleh penterjemah bertauliah)

  • Borang Permohonan – JPN.KC06

  • Bayaran:-

    1. Sijil Perkahwinan = RM20.00

    2. Penalti bagi pendaftaran  lewat= Tahun pertama RM100.00
                                                                  Setiap tahun berikutnya RM50.00

 
 

* PERINGATAN

Kedua-dua pasangan suami isteri dinasihati agar hadir bersama ke kaunter perkahwinan semasa kemasukan permohonan dan pendaftaran perkahwinan.

 
 

 

 

PENDAFTARAN PERKAHWINAN BAGI PASANGAN BUKAN ISLAM YANG TELAH BERKAHWIN MENGIKUT SESUATU UNDANG-UNDANG, ADAT ATAU KELAZIMAN SEBELUM 1.3.1982 di bawah Sek.33, Akta 164 [PENDAFTARAN SECARA SUKARELA]

  • Pasangan perlu hadir ke kaunter JPN semasa kemasukan permohonan dan pendaftaran perkahwinan.

  • Dokumen sokongan:-

    1. Kad Pengenalan bagi warganegara

    2. Pasport bagi bukan warganegara beserta salinan fotostat maklumat diri dan tarikh ketibaan di Malaysia.

    3. Satu (1) keping gambar berwarna ukuran (32mm X 38mm) berlatar belakang BIRU bagi setiap seorang.

    4. Sijil Kelahiran anak-anak ASAL dan salinan

    5. Sijil Perkahwianan (jika ada)

    6. Kad jemputan perkahwinan (jika ada)

    7. Gambar perkahwinan adat/agama (jika ada)

    8. Surat Akuan Berkanun dua (2) orang saksi yang menyaksikan perkahwinan (jika perlu)

  • Borang Permohonan – JPN.KC06

  • Bayaran:-

    1. Sijil Perkahwinan = RM20.00

 

INFORMASI

Perkahwinan yang dilangsungkan mengikut adat, agama, undang-undang atau kelaziman sebelum tarikh kuatkuasa Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, Akta 164 iaitu pada 1.3.1982 disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Akta tersebut. Maka, pendaftaran perkahwinan bagi pasangan berkenaan TIDAK WAJIB namun digalakkan untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut secara SUKARELA untuk tujuan rekod dan dokumentasi.

 

 

PENDAFTARAN PERKAHWINAN BAGI PASANGAN BERAGAMA ISLAM YANG BERKAHWIN DI LUAR NEGERI MENGIKUT HUKUM SYARAK DAN BUMIPUTRA SABAH/SARAWAK YANG BUKAN BERAGAMA KRISTIAN SERTA ORANG ASLI SEMENANJUNG YANG BERKAHWIN ADAT*

  • Pasangan perlu hadir ke kaunter JPN semasa kemasukan permohonan dan pendaftaran perkahwinan.

  • Dokumen-dokumen sokongan:-

    1. Kad Pengenalan bagi warganegara

    2. Pasport bagi bukan warganegara beserta salinan fotostat maklumat diri dan tarikh ketibaan di Malaysia.

    3. Satu (1) keping gambar berwarna ukuran (32mm X 38mm) berlatar belakang BIRU bagi setiap seorang.

    4. Sijil Kelahiran anak-anak ASAL dan salinan (jika berkaitan)

    5. Sijil Pernikahan (Hukum Syarak) luar negara ASAL dan salinan fotostat yang telah disahkan oleh Jabatan Agama Islam (bagi pasangan beragama Islam)

    6. Surat Pengesahan perkahwinan adat daripada Ketua Suku Kaum / Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (bagi pasangan Bumiputra Sabah/Sarawak dan Orang Asli Semenanjung)

  • Borang Permohonan – JPN.KC13

  • Bayaran:-

    1. Sijil Perkahwinan = RM5.00

* Pendaftaran Perkahwinan di bawah Ordinan Pendaftaran Perkahwinan 1952 bagi ;-

  1. Orang Islam yang telah bernikah di luar negara mengikut hukum syarak. Salah seorang daripada pasangan mestilah warganegara Malaysia

  2. Bumiputra Sabah dan Sarawak yang telah berkahwin mengikut adat istiadat suku kaum masing-masing. Tidak boleh digunapakai bagi pasangan yang beragama Kristian.

  3. Orang Asli Semenanjung yang telah berkahwin mengikut adat orang asli.

 

 

 

CARIAN / CABUTAN DAFTAR PERKAHWINAN ATAU PERCERAIAN

  • Pemohon* perlu hadir ke kaunter JPN Ibu pejabat ATAU JPN Negeri yang berkaitan.

  • Dokumen-dokumen sokongan:-

    1. Kad Pengenalan bagi warganegara

    2. Pasport bagi bukan warganegara beserta salinan fotostat maklumat diri dan tarikh ketibaan di Malaysia .

    3. Surat permohonan daripada Pejabat Peguam jika permohonan cabutan / carian dibuat melalui peguam.

  • Borang Permohonan – JPN.KC09

  • Bayaran:-

    1. Cabutan Daftar Perkahwinan / Perceraian= RM5.00

    2. Cabutan Daftar Perkahwinan Versi Bahasa Inggeris =RM10.00

    3. Cabutan Daftar Perkahwinan di bawah Ordinan Pendaftaran Perkahwinan 1952 =RM4.00

* Salah seorang daripada pasangan atau peguam yang dilantik sahaja boleh membuat cabutan/carian daftar perkahwinan / perceraian

 

INFORMASI

Bagi rekod perkahwinan yang telah dikemaskini dalam sistem komputer tempoh pemprosesan adalah tidak melebihi 30 minit. Sekiranya rekod perkahwinan masih belum dikemaskini maka Carian rekod fizikal perlu dibuat terlebih dahulu sebelum rekod tersebut dikemaskini dan disahkan dalam sistem komputer. Oleh itu, tempoh maksimum bagi membuat Carian dan Cabutan rekod berkenaan adalah 7 hari bekerja dan Cabutan tersebut boleh dikutip di kaunter atau diposkan ke alamat pemohon.

 

 

PERMOHONAN PENGESAHAN PENCERAIAN / PEMBATALAN PERKAHWINAN

  • Pemohonan bagi pengesahan Perceraian/Pembatalan perkahwinan boleh dibuat di kaunter JPN Ibu Pejabat JPN, Putrajaya ATAU melalui pos.
  • Dokumen sokongan:-

    1. Kad Pengenalan bagi warganegara (Salinan jika permohonan dibuat melalui pos)

    2. Pasport bagi bukan warganegara

    3. Dekri Nisi Mutlak / Perintah Pembatalan Perkahwinan ASAL atau Salinan Yang Diakui Sah oleh Mahkamah yang berkenaan

    4. Surat permohonan daripada Pejabat Peguam jika permohonan dibuat melalui peguam.

  • Borang Permohonan – JPN.KC15

  • Bayaran:-

    1. Percuma

* Pemohon sendiri atau peguam yang dilantik sahaja boleh membuat permohonan pengesahan

 

 

PERMOHONAN TRIBUNAL PERKAHWINAN*

  • Pemohon perlu hadir ke kaunter JPN untuk permohonan

  • Pemohon hendaklah memasukkan permohonan di pejabat JPN di kawasan tempat tinggal mereka atau alamat terakhir pasangan tinggal bersama **

  • Dokumen sokongan:-

    1. Kad Pengenalan ASAL pemohon

    2. Sijil Perkahwinan ASAL / Cabutan Perkahwinan ASAL

    3. Laporan Polis / Laporan Perubatan / lain-lain dokumen (jika berkaitan)

  • Borang Permohonan – JPN.KC14

  • Bayaran:-

    1. Permohonan =RM2.00

    2. Perakuan Tribunal JPN.KC29=RM20.00

*
 
 

Rujukan kesulitan hal ehwal perkahwinan (matrimonial difficulty) oleh suami/isteri kepada Tribunal Perkahwinan bagi menyelesaikan masalah perkahwinan selaras dengan peruntukan Akta membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, Akta 164

 
**
 
 
 

Berdasarkan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian)1976, Akta 164, sekiranya salah satu pihak kepada perkahwinan itu telah masuk Islam (Seksyen 51) atau pasangan telah bersetuju secara bersama untuk perceraian (Seksyen 52) TIDAK PERLU memohon rujukan kepada Tribunal Perkahwinan sebaliknya boleh mempetisyen untuk perceraian di Mahkamah Tinggi.

 

 

PERMOHONAN PEMBETULAN KESILAPAN FAKTA DAN PERKERANIAN DALAM DAFTAR PERKAHWINAN

  • Pemohon perlu hadir ke kaunter JPN untuk permohonan

  • Dokumen sokongan:-

    1. Kad Pengenalan ASAL pemohon

    2. Sijil Perkahwinan ASAL dan salinan fotostat

    3. Surat Akuan di bawah Akta Akuan Berkanun 1960

    4. Dokumen sokongan lain (jika perlu)

  • Borang Permohonan – JPN.KC08

  • Bayaran:-

    1. Permohonan = RM6.00

    2. Pindaan Perkeranian = RM2.00

    3. Pindaan Fakta= RM2.00

 

 

SURAT PENGESAHAN TARAF PERKAHWINAN

  • Pemohon* perlu hadir ke kaunter JPN Ibu pejabat JPNM, Putrajaya untuk kemasukan permohonan.
  •  Permohonan boleh dibuat melalui kaunter atau pos dan diproses dalam tempoh;-
    • Kaunter - tidak melebihi 1 jam
    • Pos - 7 hari berkerja
  • Tempoh sahlaku Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan adalah 150 hari dari tarikh surat dikeluarkan

  • Dokumen sokongan:-

    1. Kad Pengenalan (Salinan bagi warganegara yang membuat permohonan melalui pos)

    2. Salinan Pasport atau dokumen pengenalan diri bagi pihak pasangan bukan warganegara yang ingin dikahwini

    3. Surat Permohonan

    4. Surat Akuan di bawah Akta Akuan Berkanun 1960 yang dibuat di hadapan Pesuruhjaya Sumpah/Majistret di Malaysia. Jika pemohon berada di luar negara, akuan berkanun tersebut perlu dibuat di Pejabat Perwakilan Malaysia di negara berkenaan/negara berdekatan

    5. Surat Kuasa Wakil jika permohonan dibuat melalui wakil /peguam. Surat Kuasa Wakil tidak diperlukan sekiranya permohonan dibuat oleh ibu atau bapa bagi pihak anak mereka.

    6. Surat permohonan daripada Pejabat Peguam jika permohonan dibuat melalui peguam.

  • Borang Permohonan – JPN.KC09 (Bahagian C sahaja)

  • Bayaran:-

    1. Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan = RM5.00

* Pemohon sendiri, ahli keluarga, kenalan akrab atau peguam yang dilantik sahaja boleh membuat permohonan

 
 

* PERINGATAN


Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan yang telah dikeluarkan oleh Ibupejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya perlu disahkan oleh Bahagian Konsular Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra, Putrajaya sebelum boleh digunapakai di luar negara.

Permohonan Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan ini hanya boleh dimohon oleh WARGANEGARA MALAYSIA bagi tujuan berkahwin, bekerja, belajar atau urusan rasmi di luar negara.

 

 
 

 

 

 

PERMOHONAN BANTAHAN TERHADAP PERKAHWINAN (KAVEAT)

  • Pemohon perlu hadir ke kaunter JPN berkenaan di mana permohonan perkahwinan telah diterima.

  • Kaveat hanya boleh dibuat terhadap permohonan perkahwinan yang belum dikeluarkan Perakuan untuk perkahwinan iaitu dalam tempoh sekurang-kurangnya 21 hari dipamerkan di papan pemberitahuan JPN.

  • Tiada permohonan Kaveat boleh diterima bagi permohonan perkahwinan lesen khas (JPN. KC01C)

  • Dokumen sokongan:-

    1. Kad Pengenalan pemohon

    2. Dokumen sokongan lain sebagai bukti bantahan (jika perlu)

    3. Surat Akuan Berkanun oleh pemohon di bawah Akta Akuan Berkanun 1960

  • Borang Permohonan – JPN.KC04

  • Bayaran:-

    1. Permohonan = RM20.00