Warganegara

PENGESAHAN TARAF KEWARGANEGARAAN
 
PENERANGAN PERMOHONAN
 
(a) Kelahiran Dalam Negeri dan di Luar Persekutuan

Bahagian 1, Perkara 1 14(1)(a), Perlembagaan Persekutuan.

  • Kewarganegaraan dengan cara Kuatkuasa Undang-undang bagi orang-orang yang lahir sebelum Hari Malaysia (16 September 1963).

Bahagian 2, Perkara 14(1)(b), Perlembagaan Persekutuan.

  • Kewarganegaraan dengan cara kuatkuasa undang-undang bagi orang-orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia (16 September 1963).
  • Pemohon dan sabjek (orang yang hendak didaftarkan) hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara / Penolong Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan pemohonan
  • Pemohon adalah:
    1. Bapa atau Ibu
    2. Penjaga atau saudara mara terdekat.
    3. Sabjek sendiri.
  • Mengisi Borang E dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen sokongan.

PROSEDUR PERMOHONAN
 
Pemohon dikehendaki hadir ke Kaunter JPNM Ibu Pejabat Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN setiap Negeri atau JPN Cawangan dan membawa bersama dokumen-dokumen asal beserta salinan seperti berikut.
 
DOKUMEN SOKONGAN

  • Sijil Kelahiran orang yang hendak didaftarkan.
  • Terjemahan sijil kelahiran dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris (Jika kanak-kanak lahir di luar Negara).
  • Kad Pengenalan ibu bapa.
  • Sijil Kelahiran ibu bapa.
  • Sijil Warganegara ibu bapa.
  • Sijil Kahwin / Nikah ibu bapa yang di daftarkan di Persekutuan.
  • 3 keping gambar warna orang yang hendak didaftarkan (berukuran 32 mm x 38 mm).

BAYARAN

  1. RM 2.00 bayaran permohonan.
  2. RM 10.00 bayaran pengeluaran sijil Pengesahan Taraf.

(b) Kelahiran Luar Negara
 
Bahagian 2 Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.

  • Kewarganegaraan dengan cara Kuatkuasa Undang-undang bagi orang-orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia (16 September 1963).

Seksyen 1(c) Bahagian 2, Jadual Kedua Perlembagaan.

  • Seseorang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia di luar Persekutuan yang bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara.
     
SYARAT PERMOHONAN

  • Pemohon dan subjek (orang yang hendak didaftarkan) hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara / Penolong Pendaftar Warganegara / Pegawai Konsul semasa mengemukakan pemohonan.
  • Pemohon adalah:
    1. Bapa atau
    2. Ibu
  • Mengisi Borang D dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen sokongan.

PROSEDUR PERMOHONAN
 
Pemohon dikehendaki hadir ke Kaunter JPNM Ibu Pejabat Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN Setiap Negeri atau Pejabat Konsul di Luar Negara dan membawa bersama dokumen-dokumen asal berserta salinan seperti berikut.
 
DOKUMEN SOKONGAN

  • Sijil Kelahiran Luar Negara kanak-kanak.
  • Terjemahan sijil kelahiran dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris.
  • Kad Pengenalan Ibu Bapa.
  • Sijil Kelahiran ibu bapa.
  • Sijil Warganegara ibu bapa.
  • Sijil Kahwin / Nikah ibu bapa.
  • Pasport / Dokumen perjalanan kanak-kanak, ibu dan bapa.
  • 3 keping gambar warna foto orang yang hendak didaftarkan (berukuran 32 mm x 38 mm).

BAYARAN

  1. RM 20.00 bayaran permohonan.
  2. RM 10.00 bayaran pengeluaran sijil oleh Kedutaan.
  3. RM 30.00 bayaran pengeluaran sijil oleh Pendaftar Besar Warganegara dengan kelulusan Menteri Dalam Negeri.

Nota: Semua salinan dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4. Bayaran dalam bentuk wang pos boleh diterima dalam nilai RM 10.00 sekeping.
Makluman : Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal yang bercetak. Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPNM Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN setiap Negeri. Kecuali permohonan pendaftaran kelahiran luar Negara dan Pendaftaran Pelepashakan kewarganegaraan borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.
 
(Permohonan Kewarganegaraan Perkara 15(1) - Isteri kepada Warganegara)

PENERANGAN PERMOHONAN
 
Permohonan oleh mana-mana perempuan yang bersuami dan suaminya seorang warganegara dan perkahwinannya masih berterusan.

  • bahawa ia telah bermastautin dalam Persekutuan sepanjang tempoh dua tahun sebelum daripada tarikh permohonan, dan ianya berniat hendak bermastautin tetap di Persekutuan; dan
  • bahawa ia adalah berkelakuan baik.

SYARAT PERMOHONAN

  • Pemohon dan suami hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara / Penolong Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan pemohonan.
  • Mengisi Borang A dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen sokongan.

PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon dikehendaki hadir dimana-mana kaunter Ibu Pejabat JPN yang berhampiran, JPN Daerah Miri, Sarawak atau JPN Daerah Tawau, Sabah dengan membawa dokumen-dokumen asal beserta salinan seperti berikut:
 
DOKUMEN SOKONGAN

  • Kad Pengenalan pemohon dan suami.
  • Sijil perkahwinan (yang didaftar dalam negeri).
  • Sijil warganegara/sijil kelahiran suami.
  • Permit Masuk /sijil kelahiran pemohon.
  • Dokumen perjalanan pemohon dan suami.
  • Kad pengenalan ibu/bapa dan adik-beradik .
  • Sijil kelahiran anak-anak .
  • 3 keping gambar pemohon.
  • 1 keping gambar suami.

BAYARAN

  1. RM 10.00 bayaran permohonan.

Nota: Semua salinan fotostat dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4.
 
Makluman : Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal yang bercetak. Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPNM Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN setiap Negeri. Kecuali permohonan pendaftaran kelahiran luar Negara dan Pendaftaran Pelepashakan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.

(Permohonan Kewarganegaraan Perkara 15(2) - Anak kepada Warganegara yang Berumur Kurang 21 Tahun)
 
PENERANGAN PERMOHONAN
 
Untuk mendaftar sebagai warganegara Malaysia oleh seseorang yang berumur di bawah dua puluh satu tahun, jika sekurang-kurangnya salah seorang dari ibu atau bapanya (atau pada masa kematiannya) seorang warganegara.

SYARAT PERMOHONAN

  • Pemohon dan orang yang hendak didaftarkan hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara / Penolong Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan pemohonan.
  • Sabjek hendaklah berumur kurang daripada 21 tahun pada tarikh permohonan dikemukakan.
  • Salah seorang dari ibubapanya adalah seorang warganegara Malaysia.
  • Permohonan hendaklah dikemukakan oleh ibu atau bapanya atau penjaga.
  • Mengisi Borang B dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen sokongan.

PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon dikehendaki hadir ke Kaunter JPNM Ibu Pejabat Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN setiap Negeri dan membawa bersama dokumen-dokumen asal berserta salinan fotostat seperti berikut:
  
DOKUMEN SOKONGAN

  • Kad Pengenalan pemohon.
  • Kad Pengenalan sabjek (jika ada).
  • Sijil Kelahiran sabjek (salinan terjemahan dalam Bahasa Malaysia/Inggeris jika perlu).
  • Permit Masuk / dokumen-dokumen perjalanan sabjek.
  • Sijil Kelahiran ibu/bapa dan adik-beradik sabjek.
  • Kad Pengenalan ibu bapa/penjaga.
  • Sijil Warganegara ibu bapa/penjaga.
  • Sijil Kahwin / Nikah ibu bapa yang didaftarkan di Persekutuan.
  • 3 keping gambar warna sabjek berukuran 32 mm x 38mm.

BAYARAN

  1. RM 10.00 bayaran permohonan.

Nota: Semua salinan dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4.
Makluman : Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal yang bercetak. Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPNM Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN setiap Negeri. Kecuali permohonan pendaftaran kelahiran luar Negara dan Pendaftaran Pelepashakan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.

PERMOHONAN KEWARGANEGARAAN PERKARA 19(1) DAN 19(2) - BERUMUR 21 TAHUN ATAU LEBIH

Untuk mendapatkan satu perakuan sijil sebagai warganegara Malaysia secara Masukan.
 
SYARAT PERMOHONAN

  • Pemohon hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan pemohonan.
  • Pemohon hendaklah berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan dikemukakan.
  • Pemohon telah bermastautin dalam Persekutuan selama tempoh kesemuanya tidak kurang daripada 10 tahun dalam 12 tahun termasuk 12 bulan terdahulu daripada dan hingga tarikh permohonan dikemukakan.
  • Pemohon berniat untuk bermastautin dalam Persekutuan selama-lamanya.
  • Pemohon berkelakuan baik.
  • Pemohon mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang memadai.
  • Pemohon hendaklah ditaja oleh dua orang penyokong bertaraf warganegara.
  • Mengisi Borang C dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen sokongan.

PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon dikehendaki hadir ke Kaunter JPNM Ibu Pejabat Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN Setiap Negeri dan membawa bersama dokumen-dokumen asal berserta salinan fotostat seperti berikut:-

  • Kad Pengenalan pemohon.
  • Permit Masuk pemohon
  • Pasport /dokumen perjalanan pemohon.
  • Sijil Kelahiran/anakangkat pemohon (jika ada).
  • Kad Pengenalan/sijil kelahiran/sijil warganegara penyokong.
  • 3 keping gambar warna pemohon berukuran 32 mm x 38mm
  • Kad Pengenalan suami/isteri, jika ada.
  • Kad Pengenalan/sijil kelahiran anak-anak pemohon.
  • Kad Pengenalan ibu/bapa dan adik beradik pemohon, jika ada.

BAYARAN

  1. RM 10.00 bayaran permohonan.
     
Nota: Semua salinan dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4.
Makluman : Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal yang bercetak. Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPNM Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN setiap Negeri. Kecuali permohonan pendaftaran kelahiran luar Negara dan Pendaftaran Pelepashakan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.

(Permohonan Kewarganegaraan Perkara 15A - Pendaftaran Kewarganegaraan di dalam Keadaan Khas)
 
PENERANGAN PERMOHONAN
 
Untuk mendaftar sebagai warganegara Malaysia oleh mereka yang berumur di bawah dua puluh satu tahun dalam keadaan khas.

SYARAT PERMOHONAN

  • Pemohon dan sabjek (orang yang hendak didaftarkan) hendaklah hadir di hadapan Pendaftar/ Penolong Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan pemohonan.
  • Sabjek hendaklah berumur kurang daripada 21 tahun pada tarikh permohonan dikemukakan.
  • Nyatakan sebab memohon warganegara dalam keadaan khas di ruangan F dalam borang permohonan atau sertakan salinan jika ruangan tidak mencukupi.
  • Mengisi Borang B dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen sokongan.
  • Permohonan hendaklah dikemukakan oleh ibu/bapa atau penjaga yang mempunyai talian persaudaraan.

PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon dikehendaki hadir ke Kaunter JPNM Ibu Pejabat Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN Setiap Negeri dan membawa bersama dokumen-dokumen asal berserta salinan fotostat seperti berikut.
 
DOKUMEN SOKONGAN

  • Kad Pengenalan pemohon
  • Kad Pengenalan sabjek (jika ada)
  • Sijil Kelahiran / Sijil Anakangkat sabjek (Salinan terjemahan dalam Bahasa Malaysia/Inggeris jika perlu).
  • Permit Masuk/ dokumen-dokumen perjalanan sabjek.
  • Kad Pengenalan ibu bapa/penjaga.
  • Sijil Warganegara ibu bapa/penjaga.
  • Sijil Perkahwinan ibu bapa/penjaga.
  • Perintah mahkamah mengenai penjagaan (jika ada).
  • 3 keping gambar warna sabjek berukuran 32 mm x 38mm.

BAYARAN

  1. RM 10.00 bayaran permohonan.

Nota: Semua salinan dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4.
Makluman : Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal yang bercetak. Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPNM Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN setiap Negeri. Kecuali permohonan pendaftaran kelahiran luar Negara dan Pendaftaran Pelepashakan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.

(Permohonan Kewarganegaraan Perkara 16 - Seseorang yang Lahir di Persekutuan Sebelum Hari Merdeka, 31 Ogos 1957)
 
PENERANGAN PERMOHONAN
 
Untuk mendaftar sebagai warganegara Malaysia oleh seseorang yang berumur 18 tahun ke atas yang dilahirkan dalam Persekutuan sebelum Hari Merdeka.

SYARAT PERMOHONAN

  • Pemohon hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara / Penolong Pendaftar semasa mengemukakan pemohonan.
  • Pemohon hendaklah dilahirkan dalam Persekutuan sebelum Hari Merdeka (tidak termasuk Sabah dan Sarawak).
  • Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas pada tarikh permohonan.
  • Pemohon telah bermastautin dalam Persekutuan dalam tempoh 7 tahun terdahulu tidak kurang daripada 5 tahun daripada dan hingga tarikh permohonan dikemukakan.
  • Pemohon berniat untuk bermastautin dalam Persekutuan.
  • Pemohon berkelakuan baik.
  • Pemohon mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang mudah.
  • Mengisi Borang A dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen sokongan.

PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon dikehendaki hadir ke Kaunter JPNM Ibu Pejabat Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN Setiap Negeri dan membawa bersama dokumen-dokumen asal berserta salinan fotostat seperti berikut.
 
DOKUMEN SOKONGAN

  • Kad Pengenalan pemohon
  • Kad Pengenalan sabjek (jika ada)
  • Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat sabjek (Salinan terjemahan dalam Bahasa Malaysia/Inggeris jika perlu).
  • Permit Masuk/ dokumen-dokumen perjalanan sabjek.
  • Kad Pengenalan ibu bapa/penjaga.
  • Sijil Warganegara ibu bapa/penjaga.
  • Sijil Perkahwinan ibu bapa/penjaga.
  • Perintah mahkamah mengenai penjagaan (jika ada)
  • 3 keping gambar warna sabjek berukuran 32 mm x 38mm.

BAYARAN

  1. RM 10.00 bayaran permohonan.

Nota: Semua salinan dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4.
Makluman : Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal yang bercetak. Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPNM Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN setiap Negeri. Kecuali permohonan pendaftaran kelahiran luar Negara dan Pendaftaran Pelepashakan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.

PENOLAKAN (PELEPASHAKAN) - KEWARGANEGARAAN
 
PENERANGAN PERMOHONAN
 
Perkara 23 Perlembagaan

  • Seseorang warganegara yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih dan sempurna akal dan ianya juga adalah warganegara bagi suatu negeri lain atau yang hendak menjadi seorang warganegara bagi suatu negeri lain boleh menolak warganegara Malaysianya.

Perkara 23(3) Perlembagaan

  • Seorang perempuan yang berumur kurang daripada dua puluh satu tahun yang telah berkahwin boleh menolak warganegara Malaysianya.

SYARAT PERMOHONAN

  • Pemohon hendaklah berumur 21 tahun ke atas.
  • Sempurna akal.
  • Telah memperolehi taraf warganegara negara asing atau perakuan negara berkenaan akan menjadi warganegara negara asing.
  • Mengisi Borang K dalam 2 salinan dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen sokongan.

PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon dikehendaki hadir sendiri di mana-mana kaunter JPN atau di Pejabat Konsul Malaysia di Luar Negara dengan melengkapi 2 keping Borang K (asal).
 
DOKUMEN SOKONGAN

  • Salinan pasport Negara asing.
  • Salinan sijil warganegara Negara asing.
  • Salinan surat pengesahan yang pemohon telah menjadi atau akan menjadi warganegara Negara asing.
  • Salinan sijil kelahiran atau salinan asal.
  • Sijil warganegara, pasport Malaysia dan kad pengenalan
  • 2 keping gambar warna pemohon berukuran pasport.
  • Cap ibu jari kiri dan kanan pemohon
  • Borang K hendaklah ditandatangani dan disahkan dihadapan Majistret/Jaksa Pendamai/Peguambela dan Peguamcara/Notari Awam atau Pesuruhjaya Sumpah.

BAYARAN

  1. RM 10.00 bayaran pendaftaran permohonan.

Nota: Semua salinan dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4.
Makluman : Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal yang bercetak. Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPNM Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN setiap Negeri. Kecuali permohonan pendaftaran kelahiran luar Negara dan Pendaftaran Pelepashakan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.

CABUTAN DALAM DAFTAR KEWARGANEGARAAN
 
PENERANGAN PERMOHONAN
 
Seksyen 51 - Kaedah Kewarganegaraan 1964

  • Jika sesiapa ingin mendapatkan cabutan ke atas Borang Permohonan, Sijil, Notis, Perintah, Akuan Dalam Daftar yang diberi di bawah Bahagian 3, Perlembagaan atau di bawah peruntukan-peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1948 ia boleh dibuat dalam bentuk satu permohonan bertulis dalam borang yang ditetapkan.

SYARAT PERMOHONAN

  • Mengisi Borang N dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen sokongan bersaiz A4.

PROSEDUR PERMOHONAN
Permohonan boleh diterima di mana-mana kaunter warganegara Ibu Pejabat/JPN Negeri atau melalui pos dengan mengemukakan maklumat-maklumat berikut.
 
DOKUMEN SOKONGAN

  • No. sijil, Perkara, tempat dan tarikh dikeluarkan.
  • No. Kad Pengenalan pemohon (Jika nama pemohon tercatat dalam sijil warganegara ibu/bapa, kembarkan sijil kelahiran).
  • Jika pemohon adalah anak kepada pemegang sijil yang diminta dan ibu/bapa sebagai pemegang sijil telah meninggal dunia, kembarkan sijil kematian ibu/bapa.
  • Berikan sebab-sebab memohon cabutan dengan jelas dalam borang permohonan.
  • Pemohon boleh dibuat oleh:
    1. Pemegang sijil
    2. Ibu/bapa
    3. Suami / Isteri

BAYARAN

  1. RM 7.00 bayaran pendaftaran permohonan.

Nota : Bayaran boleh dibuat dalam bentuk wang tunai atau wang pos dalam nilai RM 2.00 sekeping dan RM 5.00 sekeping.
 
Makluman : Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal yang bercetak. Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPNM Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN setiap Negeri. Kecuali permohonan pendaftaran kelahiran luar Negara dan Pendaftaran Pelepashakan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.

CARIAN DALAM DAFTAR KEWARGANEGARAAN
 
PENERANGAN PERMOHONAN
 
Seksyen 52 - Kaedah Kewarganegaraan 1964

  • Jika sesiapa ingin mendapatkan carian ke atas Surat Permohonan, Sijil, Notis, Perintah, Akuan Dalam Daftar yang diberi di bawah Bahagian 3, Perlembagaan atau di bawah peruntukan-peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1948 ia boleh membuat satu permohonan bertulis dalam borang yang ditetapkan.

SYARAT PERMOHONAN

  • Mengisi Borang O dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen sokongan bersaiz A4.

PROSEDUR PERMOHONAN
Permohonan boleh diterima di mana-mana kaunter warganegara Ibu Pejabat/JPN Negeri atau melalui pos dengan mengemukakan maklumat-maklumat berikut.
 
DOKUMEN SOKONGAN

  • No. sijil, Perkara, tempat dan tarikh dikeluarkan (jika ada).
  • No. Kad Pengenalan pemohon.
  • Berikan sebab-sebab memohon carian dengan jelas dalam borang permohonan serta tahun carian sijil warganegara dikeluarkan.
  • Pemohon boleh dibuat oleh:
    1. Pemegang sijil
    2. Ibu/bapa
    3. Suami / Isteri

BAYARAN

  1. RM 7.00 bayaran pendaftaran permohonan.

Nota : Bayaran boleh dibuat dalam bentuk wang tunai atau wang pos dalam nilai RM 2.00 sekeping dan RM 5.00 sekeping.
 
Makluman : Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal yang bercetak. Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPNM Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN setiap Negeri. Kecuali permohonan pendaftaran kelahiran luar Negara dan Pendaftaran Pelepashakan kewarganegaraan, borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.

GANTIAN SIJIL KEWARGANEGARAAN
 
PENERANGAN PERMOHONAN
 
Seksyen 52 - Kaedah Kewarganegaraan 1964.

  • Jika sesiapa ingin mendapatkan carian ke atas Surat Permohonan, Sijil, Notis, Perintah, Akuan Dalam Daftar yang diberi di bawah Bahagian 3, Perlembagaan atau di bawah peruntukan-peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1948 ia boleh membuat satu permohonan bertulis dalam borang yang ditetapkan.

SYARAT PERMOHONAN

  • Mengisi Borang P dengan lengkap dan sertakan salinan fotostat dokumen sokongan bersaiz A4.

PROSEDUR PERMOHONAN
Permohonan boleh diterima di mana-mana kaunter warganegara Ibu Pejabat/JPN Negeri atau melalui pos dengan mengemukakan maklumat-maklumat dan membawa bersama dokumen-dokumen asal berserta salinan seperti berikut.
 
DOKUMEN SOKONGAN

  • No Sijil, Perkara, tempat dan tarikh dikeluarkan (jika ada).
  • Kad Pengenalan pemohon.
  • Sijil Warganegara.
  • 2 keping gambar warna sabjek berukuran pasport.