Print Friendly
Kelahiran

Cabutan Sijil Kelahiran

JPN.LM12-Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan.tidak digalakkan untuk mecetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.bagi urusan,sila guakan borang asal.


Permohonan untuk mendapatkan salinan daftar kelahiran oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran yang ditetapkan. Cabutan sijil kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.

Permohonan cabutan sijil kelahiran boleh dibuat oleh individu berikut:
  1. Pemilik Sijil Kelahiran yang telah memiliki Kad Pengenalan atau Passport;
  2. Ibu atau bapa pemilik Sijil Kelahiran;
  3. Suami atau isteri pemilik Sijil Kelahiran;
  4. Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik Sijil Kelahiran;
  5. Adik-beradik kandung pemilik Sijil Kelahiran;
  6. Penjaga yang sah bagi kanak-kanak (pemilik Sijil Kelahiran) telah memiliki surat hak penjagaan kanak-kanak mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991;
  7. Firma Guaman;
  8. Badan Berkanun;
  9. Agensi kerajaan.
KATEGORI 1: INDIVIDU DALAM KATEGORI 1 HINGGA 6
  1. Borang JPN.LM12 yang lengkap;
  2. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan);
 
KATEGORI 2: INDIVIDU DALAM KATEGORI 7 
  1. Borang JPN.LM12 yang lengkap;
  2. Surat Rasmi Pejabat Firma Guaman untuk memohon carian atau cabutan dalam daftar;
  3. Surat lantikan daripada anak guam (pemohon);
  4. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri anak guam (pemohon) (asal dan salinan);
  5. Surat wakil kuasa untuk menguruskan permohonan (sekiranya berkaitan).
 
KATEGORI 3: INDIVIDU DALAM KATEGORI 8 DAN 9 
  1. Borang JPN.LM12 yang lengkap;
  2. Surat Rasmi Badan Berkanun atau Agensi Kerajaan untuk memohon carian atau cabutan dalam daftar;
  3. Surat wakil kuasa pemohon untuk menguruskan permohonan (sekiranya berkaitan).

Bayaran permohonan RM 5.00. Manakala permohonan daripada Agensi Kerajaan adalah dikecualikan bayaran.

JPN.LM12-Makluman : Borang dalam portal ini hanya untuk panduan.tidak digalakkan untuk mecetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan.bagi urusan,sila guakan borang asal.