Print Friendly

Carian / Cabutan Daftar Perkahwinan


Permohonan ini adalah bertujuan untuk carian atau cabutan Daftar Perkahwinan bagi mereka yang pernah mendaftarkan perkahwinan.

  1. Pemohonan boleh dikemukakan di mana-mana kaunter JPN atau melalui pos kepada mana-mana pejabat Jabatan Pendaftaran Negara.
  2. Salah seorang daripada pasangan atau anak pasangan, ibu, bapa, abang, kakak, adik atau peguam yang diberikan surat wakil kuasa sahaja yang boleh menguruskan carian dan cabutan Daftar Perkahwinan. Pihak yang tidak berkaitan dengan perkahwinan pasangan TIDAK DIBENARKAN untuk menguruskan carian atau cabutan Daftar Perkahwinan.
  3. .Peguam yang mengemukakan permohonan bagi pihak anakguamnya perlu mengemukakan maklumat lengkap termasuk nama dan nombor MyKad beliau serta menurunkan cop rasmi guaman di Borang JPN.KC09.
  1. Borang JPN.KC09 wajib dilengkapkan sepenuhnya terutamanya nombor dokumen pengenalan, nama-nama pasangan, tarikh dan tempat perkahwinan.
  2. MyKad (salinan fotostat jika melalui pos).
  3. Pasport ASAL bagi bukan warganegara asing (salinan fotostat paspot yang mengandungi maklumat diri bagi permohonan di kaunter atau melalui pos).
  4. Jika permohonan dibuat melalui pos, satu salinan fotostat dokumen tambahan seperti bil air, elektrik, telefon atau lain-lain dokumen perlu disertakan.
  5. Surat wakil kuasa mewakilkan anak, ibu, bapa, abang, kakak atau adik untuk menguruskan permohonan ini, jika berkaitan.
  6. Surat permohonan daripada pihak peguam bersama surat wakil kuasa dari pemilik daftar perkahwinan jika permohonan cabutan atau carian diurus oleh peguam.
  1. RM5.00 bayaran bagi setiap tahun yang dikehendaki bagi carian perkahwinan. 
  2. RM5.00 bagi bayaran Cabutan Daftar Perkahwinan. 
  3. RM10.00 bagi bayaran Cabutan Daftar Perkahwinan versi Bahasa Inggeris.
  4. RM4.00 bagi bayaran Cabutan Daftar Perkahwinan di bawah Ordinan Pendaftaran Perkahwinan 1952.

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal

JPNKC09 – Borang Permohonan Surat Pengesahan Taraf Perkahwinan