Daftar Lewat Kad Pengenalan

 

PERMOHONAN DAFTAR LEWAT KAD PENGENALAN(MYKAD ATAU MYPR)

1. PENJELASAN PERMOHONAN
 
1.1 Pemohon yang telah mencapai umur 16 tahun atau lebih dan tidak pernah memiliki kad pengenalan serta berada di Malaysia sepanjang tempoh berkenaan hendaklah memohon Daftar Lewat Kad Pengenalan.
 
2. SYARAT PERMOHONAN
 
2.1 Pemohon mestilah berumur genap 16 tahun atau lebih.
2.2 Pemohon mestilah hadir bersama Penganjur 
2.2.1 Ibu atau Bapa; atau 
2.2.2 Penjaga. (Penjaga adalah datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun.)
2.3 Pemohon tidak pernah membuat permohonan atau memiliki Kad Pengenalan dan berada di dalam Malaysia sepanjang tempoh umur 12 hingga 16 tahun.
2.4 Borang-borang berikut perlu diisi dengan lengkap (dapatkan di kaunter JPN):                                                                      
2.4.1 Borang Permohonan JPN.KP01;                                                                                  
2.4.2 Surat Akuan (Borang JPN DL-1);                                                     
2.4.3 Borang Keterangan Pendaftaran Lewat Kad Pengenalan oleh Ibu atau Bapa atau Penjaga (Borang JPN DL-2);                                                                                                                
2.4.4 Cabutan Daftar Sekolah (Borang JPN DL-3);                                                                       
2.4.5 Surat Akuan bagi Kanak-Kanak yang Tidak Pernah Bersekolah (Borang JPN DL-4);                                                               
2.4.6 Borang Maklumat Keluarga (BMK.81 & BMK.81A); dan
2.4.7 Borang RK-JPN-KP-PU-06-03 (jika penganjur selain daripada yang dibenarkan).
 
3. PROSEDUR PERMOHONAN
 
3.1 Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN bersama Penganjur dan membawa dokumen yang perlu dikemukakan.
 
4. DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN (ASAL DAN SALINAN)
 
4.1 DOKUMEN PEMOHON (ASAL DAN SALINAN)
4.1.1 Sijil Kelahiran atau Sijil Anak Angkat atau Sijil Warganegara atau Pengesahan Taraf Warganegara atau Borang Warganegara atau Permit Masuk.
4.1.2 Gambar penuh pemohon berukuran poskad.
4.1.3 Pasport (wajib bagi pemegang Permit Masuk)
 
4.2 DOKUMEN PENGANJUR (ASAL DAN SALINAN)
4.2.1 Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran atau Permit Masuk atau Pasportatau Sijil Kewarganegaraan Penganjur.
4.2.2 Sijil Nikah atau Sijil Perkahwinan atau Sijil Perceraian Ibu Bapa (bagi Ibu Bapa yang berkahwin pada atau selepas 1 Mac 1982 dan bagi Ibu yang bertaraf Bukan Warganegara).
4.2.3 Surat Akuan Sumpah (bagi Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan iaitu selain dari ibu atau bapa atau datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).
 
4.3 DOKUMEN KELUARGA (ASAL DAN SALINAN)
4.3.1 Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran atau Permit Masuk atau Pasport Adik-Beradik (jika berkenaan).
4.3.2 Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran atau Permit Masuk atau Pasport Suami atau Isteri dan Anak-anak (jika berkenaan).
4.3.3 Gambar pemohon bersama ibu atau bapa dan adik-beradik.
4.3.4 Sijil Kematian Ibu atau Bapa atau Adik-Beradik atau Suami atau Isteri (jika berkenaan).
4.3.5 Gambar berukuran pasport pemohon, ibu atau bapa dan semua adik-beradik yang telah disusun dan dilekatkan ke dalam senarai gambar-gambar dalam borang BMK-81A.
 
5. BAYARAN/FI
 
5.1 Warganegara
Jadual Pembayaran 6A
 
 

 Bayaran Daftar Lewat Kad Pengenalan Bagi Warganegara Malaysia

(WARGANEGARA)
 
Umur Dikenakan Kompoun Bayaran Permohonan (RM) Bayaran Proses(RM) Jumlah Bayaran(RM)
16 tahun Tetapi  Belum 19 tahun  PERCUMA  10.00  10.00
19 tahun Tetapi Belum 22 tahun 40.00  10.00  50.00
22 tahun Tetapi Belum 25 tahun 60.00  10.00  70.00
25 tahun Tetapi Belum 28 tahun 80.00  10.00  90.00
28 tahun Tetapi Belum 31 tahun 100.00  10.00  110.00
31 tahun Tetapi Belum 34 tahun 120.00  10.00  130.00
34 tahun Tetapi Belum 37 tahun 140.00  10.00  150.00
37 tahun Tetapi Belum 40 tahun 160.00  10.00  170.00
40 tahun keatas 200.00  10.00  210.00

 

5. BAYARAN/FI
 
Jadual Pembayaran 6B
 
 

  Bayaran Daftar Lewat Kad Pengenalan Bagi Bukan Warganegara Malaysia
(BUKAN WARGANEGARA)

Umur Dikenakan Kompoun Bayaran Permohonan (RM) Bayaran Proses(RM) Jumlah Bayaran(RM)
16 tahun Tetapi Belum 19 tahun 40.00  10.00  50.00
19 tahun Tetapi Belum 22 tahun 80.00  10.00  90.00
22 tahun Tetapi Belum 25 tahun 100.00  10.00  110.00
25 tahun Tetapi Belum 28 tahun 120.00  10.00  130.00
28 tahun Tetapi Belum 31 tahun 140.00  10.00  150.00
31 tahun Tetapi Belum 34 tahun 160.00  10.00  170.00
34 tahun Tetapi Belum 37 tahun 180.00  10.00  190.00
37 tahun Tetapi Belum 40 tahun 200.00  10.00  210.00
40 tahun keatas 240.00  10.00  250.00

 

Dikemaskini pada 24 Oktober 2013