Gantian Kad Pengenalan Hilang
SYARAT PERMOHONAN
-
Pemohon mesti hadir.
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN tanpa sebarang dokumen atau boleh membawa dokumen sokongan berikut sekiranya ada (asal dan salinan):
-
Surat pengesahan atau Kad Kebajikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat / Surat pengesahan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli / Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Kaum / Pejabat Daerah / Pengerusi Jawatankuasa Kerja Kampung - bagi orang-orang miskin dan daif, dan orang-orang kurang upaya (OKU).
-
Surat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat / Jabatan Bomba dan Penyelamat / Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Kaum / Pejabat Daerah / Pengerusi Jawatankuasa Kerja Kampung - bagi orang-orang yang ditimpa bencana alam.
-
Surat pengesahan dari Penjara / Pusat Serenti - bagi bekas banduan atau pelatih pusat.
-
Kad Pelajar atau surat pengesahan dari Pengetua sekolah / Pendaftar institusi pengajian tinggi - bagi pelajar dari mana-mana sekolah, kolej atau institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.
-
Laporan Polis yang menyatakan dengan jelas mengenai butir-butir kejadian dan Kad Pengenalan yang hilang.
BAYARAN TUNAI
-
Warganegara
Bayaran Hilang bagi MyKad sahaja
Kehilangan
Bayaran
Permohonan
Kompaun
Jumlah
Kali pertama
RM10.00
RM100.00
RM110.00
Kali kedua
RM10.00
RM200.00
RM210.00
kali ketiga dan seterusnya
RM10.00
RM300.00
RM310.00
-
Bukan Warganegara
Bayaran Hilang bagi MyPR sahaja
Kehilangan
Bayaran
Permohonan
Kompaun
Jumlah
Kali pertama
RM40.00
RM100.00
RM140.00
Kali kedua
RM40.00
RM200.00
RM240.00
Kali ketiga dan seterusnya
RM40.00
RM300.00
RM340.00
Makluman: Mengikut Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) setiap orang yang hilang Kad Pengenalan hendaklah dengan segera memohon gantian Kad Pengenalan.
