Gantian Kad Pengenalan Rosak
SYARAT PERMOHONAN
-
Pemohon mestilah hadir.
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen berikut (asal):
-
Kad Pengenalan.
BAYARAN TUNAI / ELEKTRONIK
-
Warganegara = RM 10.00
Jika memohon gantian MyKad dalam tempoh 12 bulan dari tarikh serahan kad, tiada sebarang bayaran yang dikenakan (PERCUMA).
-
Bukan Warganegara = RM 40.00
Jika memohon gantian MyPR dalam tempoh 12 bulan dari tarikh serahan kad, tiada sebarang bayaran yang dikenakan (PERCUMA).
Makluman: Mengikut Peraturan 13, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) setiap orang yang rosak atau musnah Kad Pengenalannya hendaklah dengan segera memohon gantian Kad Pengenalan.
