Kad Pengenalan Kanak-kanak 12 Tahun
SYARAT PERMOHONAN
-
Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
-
Pemohon hadir bersama Penganjur (Ibu atau Bapa atau Penjaga).
-
Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
-
Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran kompaun dan proses akan dikenakan.
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN bersama Penganjur dan membawa dokumen sokongan berikut (asal) :
-
Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Sijil Warganegara / Pengesahan Taraf Warganegara / Borang Warganegara / Lampiran A (JHEOA) / Permit Masuk.
-
Kad Pengenalan Penganjur iaitu Ibu atau Bapa atau Penjaga.
-
Surat Akuan Sumpah (bagi Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan iaitu selain dari ibu/bapa/datuk/nenek/ibu atau bapa saudara/kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).
-
Passport (bagi Warganegara yang baru tiba dari Luar Negara / pemegang Permit Masuk).
BAYARAN TUNAI / ELEKTRONIK
-
Warganegara
Jadual Pembayaran 1A
BAYARAN KERANA LEWAT MEMOHON MYKAD BAGI KANAK-KANAK 12 TAHUN
(WARGANEGARA)Permohonan kanak-kanak mencapai usia 12 tahun yang tidak memohon dalam tempoh 30 hari dari tarikh usia genap 12 tahun dikenakan kompaun.
UMUR DIKENAKAN KOMPAUN
BAYARAN PERMOHONAN
(RM)BAYARAN
PROSES
(RM)BAYARAN
KOMPAUN
(RM)JUMLAH
BAYARAN
(RM)12 THN HINGGA 12 THN 30 HARI
----12 THN MELEBIHI 30 HARI HINGGA 13 THN
-10.00
1.00
11.00
13 THN 1 HARI HINGGA 14 THN
-10.00
2.00
12.00
14 THN 1 HARI HINGGA 15 THN
-10.00
4.00
14.00
15 THN 1 HARI HINGGA 16 THN
-10.00
6.00
16.00
-
Bukan Warganegara
Jadual Pembayaran 1B
BAYARAN KERANA LEWAT MEMOHON MYPR BAGI KANAK-KANAK 12 TAHUN
(BUKAN WARGANEGARA)Permohonan kanak-kanak mencapai usia 12 tahun yang tidak memohon dalam tempoh 30 hari dari tarikh usia genap 12 tahun dikenakan kompaun.
UMUR DIKENAKAN KOMPAUN
BAYARAN PERMOHONAN
(RM)BAYARAN
PROSES
(RM)BAYARAN
KOMPAUN
(RM)JUMLAH
BAYARAN
(RM)12 THN MELEBIHI 30 HARI HINGGA 13 THN
40.00
10.00
1.00
51.00
13 THN 1 HARI HINGGA 14 THN
40.00
10.00
2.00
52.00
14 THN 1 HARI HINGGA 15THN
40.00
10.00
4.00
54.00
15 THN 1 HARI HINGGA 16 THN
40.00
10.00
6.00
56.00
Makluman: Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) setiap orang wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya.
