Pindaan Butiran
Melibatkan proses pindaan atau pembetulan maklumat di dalam Kad Pengenalan seperti nama, tarikh lahir dan agama.
SYARAT PERMOHONAN
-
Pemohon mesti hadir.
-
Pemohon telah memiliki Kad Pengenalan. Pemohon yang belum memiliki Kad Pengenalan tidak layak memohon.
-
Borang Permohonan JPN.KP16 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon dikehendaki datang ke kaunter JPN dan membawa dokumen berikut (asal dan salinan) :
-
Surat Akuan Berkanun (jika pemohon berumur kurang 18 tahun, akuan hendaklah dibuat oleh ibu/bapa/penjaga).
-
Kad Pengenalan.
-
Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Sijil Warganegara / Pengesahan Taraf Warganegara / Borang Warganegara / Permit Masuk (yang mana berkaitan).
-
Salinan Dokumen Pengenalan Diri Ibu / Bapa / Penjaga bagi pemohon yang berumur di bawah 18 tahun (salinan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Sementara).
-
Pasport (jika ada).
-
Dokumen sokongan lain yang berkaitan dengan permohonan seperti :
-
Kad Memeluk Agama Islam bagi mereka yang memeluk agama Islam tidak kira sama ada menukar nama atau mengekalkan nama asal.
-
Perintah Mahkamah Syariah / Pengesahan Majlis atau Jabatan Agama Islam bagi permohonan pertukaran agama daripada Islam kepada bukan Islam dan pertukaran nama Islam kepada nama bukan Islam.
-
Sijil Baptisma / Surat pengesahan memeluk agama Buddha / Hindu / Sikhisma bagi permohonan menukar agama yang melibatkan pertukaran nama. Jika mengekalkan nama asal, hanya perlu mengisi Lampiran “A” di kaunter dan permohonan diterima tanpa perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan seperti di atas.
-
Daftar Perkahwinan KC07 yang dikeluarkan oleh JPN bagi permohonan untuk memasukkan nama suami bagi mereka yang berkahwin dengan warganegara asing sahaja.
-
Lain-lain dokumen yang diperlukan oleh Jabatan untuk menyokong permohonan pindaan.
BAYARAN TUNAI / ELEKTRONIK
-
Warganegara / Bukan Warganegara = RM 10.00 (bayaran proses Pindaan Butiran)
Jika permohonan Pindaan Butiran diluluskan, bayaran permohonan Gantian Kad akan dikenakan seperti berikut:
-
Warganegara = RM 10.00
-
Bukan Warganegara = RM 40.00
Makluman: Mengikut Peraturan 14 (1) & (2), Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) setiap orang yang memohon untuk menukar namanya atau membetulkan butir-butir Kad Pengenalan selain daripada alamatnya hendaklah dengan segera memohon gantian Kad Pengenalan.
