Gantian Kad Pengenalan Tukar Alamat

 

 

SYARAT PERMOHONAN

  • Pemohon mestilah hadir.

  • Borang Pertukaran Alamat (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

  • Alamat mestilah menggunakan alamat tempat tinggal tetap di dalam Malaysia. Alamat tempat bekerja, pejabat, organisasi atau alamat peti surat (P. O. Box) tidak dibenarkan.

PROSEDUR PERMOHONAN

Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen berikut (asal dan salinan):

  • Kad Pengenalan.

BAYARAN TUNAI / ELEKTRONIK

  1. Warganegara = RM 10.00

    (i) Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru = RM 10.00
    (ii) Jika pertukaran alamat dalam cip (kemaskini) tanpa melibatkan pengeluaran kad baru = RM2.00

     

  2. Bukan Warganegara = RM 40.00

    (i) Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru = RM 40.00
    (ii) Jika pertukaran alamat dalam cip (kemaskini) tanpa melibatkan pengeluaran kad baru = RM2.00

 

Makluman: Mengikut Peraturan 15, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) setiap orang hendaklah memohon gantian Kad Pengenalan jika bertukar tempat kediaman yang akan didiami selama 90 hari atau lebih.