Kematian Di Sarawak
PENDAFTARAN BIASA KEMATIAN
Pemohon perlu mendaftarkan kematian dalam tempoh 24 jam dari tarikh kematian dan pemaklum mestilah keluarga terdekat simati (Ibu/bapa/anak/adik-beradik/isteri/suami). Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sarawak untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
Seksyen 15(1) dan (2), Ordinan Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1951 (Sarawak Cap.10]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi Borang III dan Borang XI dengan lengkap beserta dokumen sokongan.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Pengesahan Ketua Masyarakat/Kaum bagi Sarawak
2. Laporan Polis bagi kematian yang berlaku di rumah
3. Borang VIII (Medical Certificate of The Cause of Death)
4. Borang IX (After Post-Mortem)
5. Dokumen Pengenalan diri bagi pemaklum atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)
6. Dokumen Pengenalan Diri simati
7. Laporan Polis jika kad pengenalan/Sijil atau Cabutan Daftar Kelahiran Simati tidak diserahkan
BAYARAN
Tiada bayaran dikenakan.
PENDAFTARAN LAMBAT KEMATIAN
Pemohon mendaftarkan kematian selepas tamat tempoh 24 jam sehingga 7 hari berikutnya dari tarikh kematian dan pemaklum mestilah keluarga terdekat simati (Ibu/bapa/anak/adik-beradik/isteri/suami). Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sarawak untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
Seksyen 15(1) dan (2), Ordinan Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1951 (Sarawak Cap.10]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi Borang III dan Borang XI dengan lengkap beserta dokumen sokongan.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Pengesahan Ketua Masyarakat/Kaum bagi Sarawak
2. Borang VIII (Medical Certificate of The Cause of Death)
3. Borang IX (After Post-Mortem)
4. Dokumen Pengenalan diri bagi pemaklum atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)
5. Dokumen Pengenalan Diri simati
6. Laporan Polis jika kad pengenalan/Sijil atau Cabutan Daftar Kelahiran Simati tidak diserahkan
BAYARAN
Bayaran: RM 5.00
PENDAFTARAN LEWAT KEMATIAN
Pemohon mendaftarkan kematian selepas 7 hari berikutnya dari tarikh kematian dan pemaklum mestilah keluarga terdekat simati (Ibu/bapa/anak/adik-beradik/isteri/suami). Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sarawak untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
Seksyen 18, Ordinan Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1951 (Sarawak Cap.10]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi Borang III dan Borang XI dengan lengkap beserta dokumen sokongan.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Pengesahan Ketua Masyarakat/Kaum bagi Sarawak
2. Borang VIII (Medical Certificate of The Cause of Death)
3. Borang IX (After Post-Mortem)
4. Dokumen Pengenalan diri bagi pemaklum atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)
5. Dokumen Pengenalan Diri simati
6. Laporan Polis jika kad pengenalan/Sijil atau Cabutan Daftar Kelahiran Simati tidak diserahkan
BAYARAN
Bayaran: RM 10.00
CABUTAN SIJIL KEMATIAN
Permohonan cabutan sijil kematian bagi pemilik daftar yang belum dikeluarkan dengan sijil kematian/permohonan gantian bagi sijil yang rosak/hilang. Pemohon hendaklah waris si mati/isteri/suami/anak/syarikat guaman. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sarawak untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
[Seksyen 26, Ordinan Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1951 (Sarawak Cap.10]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi Borang X1 dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika bukan warganegara)
2. Surat Rasmi Jabatan untuk memohon carian dalam daftar (bagi permohonan dari Jabatan Kerajaan)
3. Sebarang dokumen atau maklumat yang boleh dijadikan asas membuat cabutan dalam daftar kematian seperti Permit Menguburkan / Laporan Polis
BAYARAN
· Percuma - Cabutan pertama
· RM5.00 - Cabutan kedua dan seterusnya
PINDAAN BUTIRAN KEMATIAN
i. PERMOHONAN MEMBETULKAN KESILAPAN PERKERANIAN
Permohonan tersebut mestilah pembetulan ke atas kesilapan butir-butir di dalam daftar kematian yang dikategorikan sebagai kesilapan perkeranian. Pemohon mestilah Ibu / bapa / anak / adik-beradik / isteri / suami. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sarawak untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
Seksyen 25(2), Ordinan Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1951 (Sarawak Cap.10)
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang Borang X1 dan JPN.LM21 dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen pengenalan diri ibubapa (jika bukan warganegara)
2. Dokumen pengenalan diri penjaga (jika bukan warganegara) yang dibuktikan dengan Surat Kebenaran Penjagaan dari JKM
3. Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan pindaan
4. Dokumen pengenalan diri pemohon (jika bukan warganegara) yang melebihi 21 tahun
5. Dokumen pengenalan diri waris simati/pemohon (jika bukan warganegara)
6. Dokumen lain yang membuktikan kesilapan
BAYARAN
· RM 2.00 - Bayaran proses
· RM 5.00 - kelulusan
· RM 5.00 - cabutan baru sijil kematian
ii. PERMOHONAN MEMBETULKAN KESILAPAN FAKTA
Permohonan untuk membetulkan kesilapan fakta di mana maklumat selain dari nama simati yang diberi pemaklum semasa pendaftaran kematian tidak betul atau tidak diperolehi. Pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan untuk membuktikan kesilapan fakta tersebut.
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang Borang X1, Surat Akuan Sumpah SA/81 (jika perlu) dan JPN.LM21 dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Pendaftaran kelahiran boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
Seksyen 25(3), Ordinan Pendaftaran Kelahiran & Kematian 1951 (Sarawak Cap.10).