Kematian Di Semenanjung
- Biasa
- Lambat
- Lewat
- Menunaikan Haji
- Membetulkan Kesilapan
- Cabutan Sijil
- Cabutan Sijil Waktu Haji
- Cabutan Sijil Di Luar Negara
MENDAFTAR KEMATIAN BIASA
Pemohon daftar kematian biasa adalah kematian yang berlaku di Malaysia dan didaftarkan dari tempoh 7 hari dari tarikh kematian.
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang JPN.LM02 dengan lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan.Pendaftaran kematian boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
DOKUMEN SOKONGAN
-
Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri si mati yang asal
-
Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemaklum
-
Dokumen bukti kematian seperti permit perkuburan
-
Perakuan oleh Pengamal Perubatan mengenai sebab-sebab kematian [Borang JPN.LM09 atau JPN.LM10 (Post Mortem)]
BAYARAN
Bayaran permohonan adalah percuma.
[Seksyen 19, Akta 299]
MENDAFTAR LAMBAT KEMATIAN
Pemohon daftar lambat kematian adalah kematian yang berlaku di Malaysia dan didaftarkan dari hari ke-8 hingga 14 dari tarikh kematian. Walau bagaimanapun pendaftaran bagi mayat tidak dijumpai TIDAK BOLEH DIDAFTARKAN.
[Seksyen 19, Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang JPN.LM02 dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Pendaftaran kematian boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Perakuan Kematian JPN.LM09/JPN.LM10 (Jika kematian berlaku di hospital) atau Permit Menguburkan
2. Dokumen pengenalan diri pemaklum (bukan warganegara)
3. Dokumen pengenalan diri si mati (Jika ada)
4. Borang JPN.LM25 / JPN.LM26 jika kad pengenalan / Sijil atau Cabutan Daftar Kelahiran simati tidak diserahkan.
BAYARAN
Bayaran proses : RM 5.00
MENDAFTAR LEWAT KEMATIAN
Pemohon daftar lewat kematian adalah kematian yang berlaku di Malaysia dan didaftarkan selepas hari ke 14 dari tarikh kematian. Walau bagaimanapun pendaftaran bagi mayat tidak dijumpai TIDAK BOLEH DIDAFTARKAN.
[Seksyen 21, Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang JPN.LM02 dan JPN.LM28 dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Pendaftaran kematian boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia. Permohonan diterima selepas keputusan carian diperolehi (Borang JPN.LM14) kecuali jika kematian berlaku selepas tahun 2003. Walau bagaimanapun pendaftaran bagi mayat tidak dijumpai TIDAK BOLEH DIDAFTARKAN.
Pemohon perlu mengisi borang JPN.LM02 dan JPN.LM28 dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Pendaftaran kematian boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia. Permohonan diterima selepas keputusan carian diperolehi (Borang JPN.LM14) kecuali jika kematian berlaku selepas tahun 2003. Walau bagaimanapun pendaftaran bagi mayat tidak dijumpai TIDAK BOLEH DIDAFTARKAN.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen pengenalan diri si mati (Jika ada)
2. Dokumen pengenalan diri pemaklum (jika bukan warganegara)
3. Dokumen Perakuan Kematian JPN.LM09/JPN.LM10 (Jika kematian berlaku di hospital)
4. Permit Menguburkan
BAYARAN
· Bayaran Proses:- RM 10.00
· Kompaun tidak melebihi RM 50.00 jika permohonan diluluskan.
PENDAFTARAN KEMATIAN SEMASA MENUNAIKAN HAJI
Setiap kematian yang berlaku semasa menunaikan Haji hendaklah dilaporkan kepada pendaftar di Hedjaz dalam masa 40 hari dari tarikh kematian atau melaporkan kepada kaunter Ibu Pejabat JPN dalam masa 6 bulan dari tarikh kematian.
[Seksyen 4(1)(a) dan (b), Akta 152]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohonan pendaftaran kematian Hedjaz boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia dengan mengemukakan Borang JPN.LMH2 yang lengkap dan disertakan dengan dokumen sokongan. Bagaiamanapun, kelulusan hanya di buat di Ibupejabat JPN.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen Bukti Kematian
2. Dokumen Pengenalan diri simati
3. Dokumen Pengenalan diri Pemaklum (jika pemaklum bukan ibu bapa)
BAYARAN
Tiada bayaran dikenakan
MEMBETULKAN KESILAPAN MAKLUMAT SIJIL KEMATIAN
i. PERMOHONAN MEMBETULKAN KESILAPAN PERKERANIAN
Permohonan untuk membetulkan kesilapan kecil dilakukan oleh Pendaftar yang cuma melibatkan ejaan yang jika dibetulkan tidak mengubah fakta di dalam Sijil Kematian.
[Seksyen 27(2), Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang JPN.LM21 dan JPN.LM22 dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Pendaftaran kematian boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen pengenalan diri ibubapa (jika bukan warganegara)
2. Dokumen pengenalan diri penjaga (jika bukan warganegara) yang dibuktikan dengan Surat Kebenaran Penjagaan dari JKM
3. Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan pindaan
4. Dokumen pengenalan diri pemohon (jika bukan warganegara) yang melebihi 21 tahun
5. Dokumen pengenalan diri waris simati/pemohon (jika bukan warganegara)
6. Dokumen lain yang membuktikan kesilapan
BAYARAN
Bayaran permohonan :
· RM 2.00 semasa permohonan dikemukakan.
· RM 5.00 untuk cetakan cabutan Sijil Kematian.
ii. PERMOHONAN MEMBETULKAN KESILAPAN FAKTA
Permohonan untuk membetulkan kesilapan fakta di mana maklumat selain dari nama simati yang diberi pemaklum semasa pendaftaran kematian tidak betul atau tidak diperolehi. Pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan untuk membuktikan kesilapan fakta tersebut.
[Seksyen 27(3),Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang JPN.LM21, borang JPN.LM22 dan Surat Akuan Sumpah dengan lengkap beserta dokumen sokongan.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen pengenalan diri ibubapa (jika bukan warganegara)
2. Dokumen pengenalan diri penjaga (jika bukan warganegara) yang dibuktikan dengan Surat Kebenaran Penjagaan dari JKM
3. Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan pindaan
4. Dokumen pengenalan diri pemohon (jika bukan warganegara) yang melebihi 21 tahun
5. Dokumen pengenalan diri waris simati/pemohon (jika bukan warganegara)
6. Dokumen lain yang membuktikan kesilapan
BAYARAN
Bayaran permohonan :
· RM 2.00 semasa permohonan dikemukakan.
· RM 5.00 selepas permohonan diproses dan diluluskan.
· RM 5.00 untuk cetakan cabutan Sijil Kematian.
CABUTAN SIJIL KEMATIAN
Permohonan untuk mendapatkan salinan daftar kematian oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran fee yang ditetapkan.
[Seksyen 32, Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang JPN.LM13 dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Pemohonan cabutan kematian boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika bukan warganegara)
2. Surat Rasmi Jabatan untuk memohon carian dalam daftar (bagi permohonan dari Jabatan Kerajaan)
3. Sebarang dokumen atau maklumat yang boleh dijadikan asas membuat cabutan dalam daftar kematian seperti Permit Menguburkan / Laporan Polis
BAYARAN
Bayaran permohonan : RM 5.00
CABUTAN SIJIL KEMATIAN DI HEDJAZ
Permohonan untuk mendapatkan salinan daftar kematian oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran fee yang ditetapkan.
[Seksyen 9(1), Akta 152]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang JPN.LMH4 dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Pemohonan cabutan kematian boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Salinan Sijil Kematian/Laporan Kematian (Jika ada)
2. Dokumen Pengenalan Diri asal simati (Jika ada)
3. Borang JPN.LM26
4. Dokumen Pengenalan Diri atau dokumen perjalanan yang sah (Bukan warganegara) asal atau salinan yang disahkan
BAYARAN
Bayaran permohonan : RM 2.00
CABUTAN SIJIL KEMATIAN DI LUAR NEGARA
Permohonan untuk mendapatkan salinan daftar kematian oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran fee yang ditetapkan.
[Seksyen 9(1), Akta 152]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang JPN.LM02 dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Permohonan cabutan kematian boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
Nota : Surat Perakuan Pengesahan Kematian akan dikeluarkan kepada pemohon
DOKUMEN SOKONGAN
1. Sijil Kematian asal yang dikeluarkan oleh negara berkenaan yang telah diterjemah dalam Bahasa Malaysia/ Inggeris
2. Dokumen Pengenalan Diri simati
3. Sijil Kelahiran simati (jika ada)
4. Dokumen Pengenalan Diri pemohon
5. Perakuan kematian oleh Suruhanjaya Tinggi / Kedutaan/ Pejabat Konsul Malaysia di negara berkenaan.
BAYARAN
Tiada bayaran dikenakan.
