Pendaftaran Biasa Kematian

 PENDAFTARAN BIASA KEMATIAN

 
Pemohon perlu mendaftarkan kematian dalam tempoh 24 jam dari tarikh kematian dan pemaklum mestilah Ibu/bapa/saudara/orang yang mengetahui tentang kematian tersebut. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sabah untuk kelulusan Pendaftar Wilayah.
 
 [Seksyen 14(1), Ordinan Sabah,Cap.123]
 
PROSEDUR PERMOHONAN
 
Pemohon perlu mengisi Borang B dan Borang N2 (Cabutan) dengan lengkap beserta dokumen sokongan.
 
DOKUMEN SOKONGAN  
 
1.      Laporan Polis bagi kematian yang berlaku di rumah
2.      Perakuan kematian jika kematian berlaku di hospital
3.      Dokumen Pengenalan diri bagi pemaklum atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)
4.      Laporan Polis jika kad pengenalan/Sijil atau Cabutan Daftar Kelahiran Simati tidak diserahkan
 
BAYARAN
 
Tiada bayaran dikenakan.