MEMBETULKAN KESILAPAN MAKLUMAT SIJIL KEMATIAN
MEMBETULKAN KESILAPAN MAKLUMAT SIJIL KEMATIAN
i. PERMOHONAN MEMBETULKAN KESILAPAN PERKERANIAN
Permohonan untuk membetulkan kesilapan kecil dilakukan oleh Pendaftar yang cuma melibatkan ejaan yang jika dibetulkan tidak mengubah fakta di dalam Sijil Kematian.
[Seksyen 27(2), Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang JPN.LM21 dan JPN.LM22 dengan lengkap beserta dokumen sokongan. Pendaftaran kematian boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen pengenalan diri ibubapa (jika bukan warganegara)
2. Dokumen pengenalan diri penjaga (jika bukan warganegara) yang dibuktikan dengan Surat Kebenaran Penjagaan dari JKM
3. Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan pindaan
4. Dokumen pengenalan diri pemohon (jika bukan warganegara) yang melebihi 21 tahun
5. Dokumen pengenalan diri waris simati/pemohon (jika bukan warganegara)
6. Dokumen lain yang membuktikan kesilapan
BAYARAN
Bayaran permohonan :
· RM 2.00 semasa permohonan dikemukakan.
· RM 5.00 untuk cetakan cabutan Sijil Kematian.
ii. PERMOHONAN MEMBETULKAN KESILAPAN FAKTA
Permohonan untuk membetulkan kesilapan fakta di mana maklumat selain dari nama simati yang diberi pemaklum semasa pendaftaran kematian tidak betul atau tidak diperolehi. Pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan untuk membuktikan kesilapan fakta tersebut.
[Seksyen 27(3),Akta 299]
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang JPN.LM21, borang JPN.LM22 dan Surat Akuan Sumpah dengan lengkap beserta dokumen sokongan.
DOKUMEN SOKONGAN
1. Dokumen pengenalan diri ibubapa (jika bukan warganegara)
2. Dokumen pengenalan diri penjaga (jika bukan warganegara) yang dibuktikan dengan Surat Kebenaran Penjagaan dari JKM
3. Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan pindaan
4. Dokumen pengenalan diri pemohon (jika bukan warganegara) yang melebihi 21 tahun
5. Dokumen pengenalan diri waris simati/pemohon (jika bukan warganegara)
6. Dokumen lain yang membuktikan kesilapan
BAYARAN
Bayaran permohonan :
· RM 2.00 semasa permohonan dikemukakan.
· RM 5.00 selepas permohonan diproses dan diluluskan.
· RM 5.00 untuk cetakan cabutan Sijil Kematian.
